Rumah Buku e-zine rumah buku vol.3 | Page 11

| cerpen
Selepas makan, dia duduk berehat di ruang tamu. Aku membawa secawan kopi panas dan diletakkan dihadapannya. Aku duduk di sofa sebelah. Memikirkan macam mana aku nak beritahu berita gembira itu. " Awak..." Panggilku lembut. " Hm." Jawabnya. " Saya ada benda nak beritahu." " Apa?" Soalnya, mata masih tertumpu di televisyen.
Aku bangun, mengambil buku dan gambar scan tadi untuk ditunjukkan padanya. Aku duduk disebelahnya, buku itu aku hulurkan. Dia agak terperanjat, tapi masih menyambut huluranku. Dibeleknya satu persatu. " Saya tak mahu anak lain. Cukup Afiq seorang je anak saya." Katanya mendatar. Jantungku seperti berhenti seketika mendengar kata-kata itu. " Saya dah kata, apa yang jadi malam tu satu kesilapan. Saya tak mahu anak ni." Diberi semula buku itu padaku. Airmata yang aku tahan-tahankan gugur juga.
" Tak apalah. Saya jaga. Jangan risau, saya tak akan bagi anak-anak ni susahkan awak." Balasku, sayu. Aku bangun dan masuk ke kamar Afiq. Pintu kamar aku tutup rapat. Malam itu, aku tidur di kamar Afiq. Sungguh, hatiku terluka. Terlalu dalam luka ini. Ya Allah.
* * * * * * * * * *
Undangan majlis perkahwinan Zahra aku penuhi, tapi cuma aku, Afiq, mama dan abah yang hadir. Zahra sungguh cantik, sepadan dengan suaminya. Seminggu selepas majlis, mereka akan berangkat ke Yarmouk kerana suaminya bekerja disana. Aku pasti merindui Zahra.
* * * * * * * * * *
Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar usia kandunganku sudah mencecah hampir enam bulan. Iskandar? Masih begitu. Dingin. Malam itu kami makan malam di rumah mertuaku. Macam-macam lauk yang dimasak oleh makcik Asma dan kak Husna. " Makan banyak-banyak tau Jannah. Ibu tengok Jannah makin kurus je, macam mana nak bawa baby." Ujar makcik Asma. Ditambahnya lagi lauk dalam pinggan aku. Serba salah aku dibuatnya. Tak habiskan nanti membazir. Iskandar hanya berdiam diri. Kami pulang hampir jam sebelas malam. Afiq yang dah tertidur di sana, terpaksa kami tinggalkan kerana ibu melarang kami menganggunya. Kata ibu, nanti mereka hantarkan Afiq pulang. Kami hanya menurut. Sepanjang perjalanan, kami hanya berdiam.
09