cerpen pendek
Fatin masuk ke bilik ayah dan ibunya. Dia hanya berdiri di sisi katil, tidak mahu dia duduk takuttakut menganggu tidur mereka. Fatin tenung dalam-dalam wajah ayah dan ibunya satu persatu, tenang. Kali ini, tanpa dapat ditahan, dia menangis jua tapi perlahan tanpa suara. Bimbang menyedarkan ibu dan ayahnya dari lena.
Firasat seorang ibu ternyata kuat. Ibu Fatin terjaga dari tidur. Mata dan badan yang lemah, digagahkan saat terlihat bayang seorang anak di hadapannya. Seolah-olah.. adik.
" Adik..? Adik ke tu?" Perlahan ibunya bersuara. Fatin tersentak saat mendengar suara ibu yang dicintainya. Dicintai dan disayangi tapi dia jua yang menyakiti. Dia mendekat, jemari ibu digenggaminya. Fatin mengiyakan.
Ibunya tersenyum, tangan kiri menggerakkan tubuh ayahnya pula. Memberitahu penuh rasa suka, anak perempuannya balik jua hari itu. Zainal bangun perlahan sambil menggosokkan matanya. Fatin menyalami tangan kedua-dua orang tuanya. Rumah itu diceriakan semula dengan kehadiran semua anggotanya. Senang mereka bercerita dan bercanda, walau sakit masih bersisa, Zainal dan isterinya gagahkan jua melayani anak-anak yang walau sudah dewasa masih budak di mata mereka. Siapa tahu, ketawa malam itu tak selamanya kerana episod hari esok mungkin berbeza.
Malam itu, Fatin tidur dengan nyenyaknya. Jam 6 pagi dia tersedar untuk solat Subuh. Ketika itu, dia mahu kejutkan ayah dan ibunya ikut Subuh sekali. Tiba-tiba, dia berasakan tangan ibu yang dipegangnya itu sejuk. Sejuknya lain macam.
" Ibu..?" Fatin kaget sendiri. Dia berlari keluar bilik memanggil Along dan Angah. Mereka bertiga lalu bersama masuk ke bilik ayah dan ibu.
Along gerakkan tubuh ibu. Angah cuba rasakan nadi di pergelangan tangan ibu. Fatin tergamam, tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia yang paling ahli dalam bidang perubatan tapi pagi itu dia tidak mampu mendekat sekalipun.
" Adik, ibu dah tak ada..". Angah cuba kejutkan ayah mahu beritakan tentang hal itu tapi ternyata..
" Eh, Along. Ayah..?" Angah terkedu kerana ayah yang dipegangnya seolah kosong tanpa roh, hanya jasad.
24