Rumah Buku e-zine Rumah Buku - Vol.2 | Page 25

cerpen pendek
" Hello? Adik. Along ni. Adik boleh balik rumah tak.." Abangnya menelefon. Fatin mendengus kasar, " Along ni, adik banyak kerja kan..".
" Em, adik. Baliklah. Ayah dengan ibu sakit tenat ni. Hari tu, ibu demam. Tak lama lepas tu, ayah ikut sama demam. Ingatkan demam biasa tapi sampai sekarang tak baik-baik, semakin teruk pula. Makan tak nak, minum tak nak. Nak bangun pun tak larat dah. Along dengan angah yang tolong angkatkan kalau nak pergi mandi ke kencing.." panjang lebar Along berkata kali ini. Fatin senyap.
" Okay, nanti adik uruskan. Assalamualaikum ". Telefon dimatikan. Dia terdiam sekejap memandang telefon bimbitnya. Bibir diketap, ada rasa risau bertandang sekejap. Fatin segera menguruskan urusan balik ke rumahnya.
MALAM ITU … " Along? Haa, adik dapat cuti. Esok pagi adik gerak balik ye," Fatin berkata sambil mengemas pakaiannya. Mana yang perlu sahaja dimasukkan ke dalam beg.
" Okay. Baik-baik jalan, esok hari Khamis. Petang esok mesti ramai orang sini keluar, takut jalan sesak pula..” Along menjawab. Fatin mengiyakan sahaja sebelum mematikan talian. Sebelum tidur, sempat Fatin terbayangkan kedua orang tuanya. Ada air jernih mengalir sedikit dari matanya. ' Allah, apa aku dah buat sebagai anak? Pesakit ramai aku jaga baik-baik, ibu ayah dua orang je pun aku tak terjaga.. Ampunkan adik, ibu.. ayah '. Dalam hati, dia masih berharap ada lagi masa yang tersisa buat dirinya dan kedua orang tuanya itu.
TIBA DI KELANTAN … " Assalamualaikum, ibu, ayah..! Along, angah..!" Fatin mengetuk pintu rumahnya. Sunyi suasana. Dia baru sahaja tiba dari bumi KL. Ketika itu sudah jam 3 petang. Fatin dengar derap kaki mendekat ke pintu, tombol pintu dipulas dari dalam dan wajah Along yang ceria menyambut kepulangannya muncul di muka pintu.
" Waalaikumsalam, adik. Masuklah. Ayah ibu kat dalam tengah tidur, tadi Along paksakan juga makan ubat itu yang mengantuk agaknya.." Along membukakan pintu luas-luas untuk Fatin. Dia melangkah masuk ke rumahnya, kali terakhir dia di situ ketika raya tahun lalu.
" Oh, okay. Adik pergi tengok ye sekejap..". Along senyum, membenarkan sambil menutup pintu.
23