Rumah Buku e-zine Rumah Buku - Vol.2 | Page 24

cerpen pendek
" Hello, ye bu? Ibu sihat? Alhamdulillah. Hmm, handphone adik mati tadi. Oh... okaylah bu, nak gi dulu ni. Banyak kerja ni, patient pun ramai ni nak diurus.. okay, Assalamualaikum," Fatin letak gagang telefon. Ibunya di talian sebelah senyum dalam pahit, dia mahu borak lagi kalau ikutkan hati tapi... Fatin sibuk, tak apalah.
Fatin? Teruskan kerja seperti biasa. Seolah tak ada apa-apa berlaku di hatinya.
BEBERAPA HARI KEMUDIAN … " Eh, awak demam ke?" Zainal bertanya kepada isterinya. Isterinya hanya mengangguk lemah.
" Eh, panas ni. Kita pergi kliniklah?" Hanya gelengan diterima. Zainal menggeleng-gelengkan kepala, apa nak jadilah. Sakit tu bawa-bawalah ke klinik, tak nak pulak. Zainal capai telefon bimbitnya lalu ditelefon anak perempuannya yang jauh 8 jam darinya andai dikira mengguna jalan darat.
" Assalamualaikum, ye. Abah.." Fatin menjawab di talian sebelah. " Waalaikumsalam, haa. Fatin, lama tak dengar suara anak abah ni.." " Alaa, sibuklah abah nak layan patient ramai ni.."
Zainal senyum nipis dengar bicara anak perempuannya itu, " Em, ibu awak ni sakitlah. Demam. Rindu awak agaknya, tak nak balik tengok?"
Fatin gelak kecil, " Ish, takkanlah rindu sampai demam. Alaa, sikit je tu, abah bagi panadol nanti kebahlah demam ibu tu. Takdan la nak balik, banyak kerja lagi ni bah oii..."
" Oh macam tu ye. Yelah, tak apalah. Assalamualaikum.."
" Waalaikumsalam.." Zainal memandang skrin telefonnya, ada air jernih bertakung di kelopak mata. Aduhai anakku doktor, orang sakit yang tak kau kenal kau rawat bagai nak rak, ibu kau sakit kau kata sikit je?
Hari berganti hari, Fatin masih sibuk dengan tugasnya. Jarang-jarang sekali dia mahu menelefon ke kampung. Sehinggalah satu hari...
22