Rumah Buku e-zine Rumah Buku - Vol.2 | Page 23

cerpen pendek
Warkah Terakhir
Oleh: Izzati Mukhali
PROLOG … Dia renung pusara yang masih merah tanahnya di hadapan matanya itu. Senyap mengawal suasana. Dia sendiri di situ petang itu. Pusara yang bukan satu tapi dua itu ditenungnya dalam, ada rasa pilu yang bertandang. Seminit. Dua minit. Dia mahu bacakan surah Yassin buat dua insan, dua jasad, dua roh yang sudah pergi itu tapi.. dia tak mampu. Sedangkan satu ayat pun sukar untuk dia habiskan, ini kan pula 83 ayat. Bukan kerana dia tidak tahu bagaimana cara bacanya tapi kerana rasa di dada terlalu sebak. Dia tak mampu dan akhirnya, hanya Al Fatihah mampu dilagukan buat dua pemilik pusara itu sebelum dia menghayun langkah berlalu dari situ...
IMBAS KEMBALI … " Pelajar terbaik keseluruhan, dengan keputusan 10A +.. diumumkan adik Nur Fatin Ain binti Zainal Abidin!!"
Fatin naik ke pentas bersama ibu dan abahnya, menerima hadiah daripada pihak sekolah. Dia tersenyum puas, setelah bertungkus lumus selama hampir dua tahun. Inilah hasilnya, akhirnya apa yang dia inginkan dia capai juga hari ini. 10A + itu yang dicarinya, pelajar terbaik itu bonus buatnya. Perjalanan baru sahaja bermula, sebenarnya...
Masa berlalu dengan pantas, Fatin diterima masuk ke sebuah universiti di luar negara. Jurusan perubatan. Bakal doktorlah nampak gayanya. 5 tahun juga dia ' berperang ' dengan segala cabaran sebagai pelajar dan akhirnya, kejayaan kedua menyusul pula dalam hidupnya. Kali ini, dia berjaya menyelesaikan pengajiannya dengan jayanya, tanpa tangguh, tanpa gagal. Fatin kembali ke bumi Malaysia, berkhidmat sebagai seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur. Masih jauh dari tempat kelahirannya... Kelantan Darul Naim. Ketika inilah, bermulanya sebuah cerita...
HOSPITAL KUALA LUMPUR … " Hello, Doktor Fatin ada?"
" Hello, ye. Ada ni. Siapa ye yang bercakap ni?" " Oh. Baguslah dia ada, lama tak dengar khabarnya. Ibu dia ni.."
Jururawat yang mengangkat telefon di wad itu memandang Fatin, memberi isyarat ibunya menelefonnya. Fatin mendekat dan telefon bertukar telinga.
21