cerpen pendek
" Allah. Angah, Adik. Ayah ikut dengan ibu," Along berkata sebak, setelah dia periksa denyut nadi ayahnya itu. Dia cuba bertenang kerana dia yang sulung, adik-adiknya pasti sedih sekali.
Fatin terkedu, terduduk dia di sisi katil ibu dan ayah. Kali ini, tak dapat ditahan sudah air mata yang mahu mengalir. Angah tutup muka ayah dan ibu menggunakan kain batik yang diambilnya dari dalam almari. Along menenangkan Fatin. Mereka bertiga kemudiannya bangun untuk Subuh, berjemaah buat pertama kalinya sebagai yatim piatu. Siangnya rumah mereka sibuk dengan urusan pengebumian jenazah kedua orang tua mereka.
SETELAH PENGEBUMIAN.. Fatin pandang sayu rumahnya. Dia mahu berangkat pulang ke kota. Kering sudah air mata, urusan pengebumian ayah dan ibu selesai sudah dengan lancarnya. Puas Along meminta dia tinggal dahulu sehari dua di rumah tapi dia yang tidak sanggup.
Takut hati tak sado katanya. Biarlah dia sibukkan dirinya dengan kerja di hospital dari terus menangisi pemergian ayah dan ibunya yang tiba-tiba itu. Ternyata, Allah lebih sayangkan mereka. Benarlah. Dia makbulkan doa Fatin mahu sisa waktu bersama mereka.
Walhal di malam harinya sudah kelihatan sihat walafiat melayani dirinya. Ternyata, Allah lebih sayangkan mereka. Benarlah. Dia makbulkan doa Fatin mahu sisa waktu bersama mereka.
Satu malam, satu malam yang takkan mampu dia lupa dia simpan kemas dalam lipatan kenangan di hatinya.
Sebelum bertolak, sempat dia singgah lagi di pusara ayah dan ibunya. Usai menjenguk seketika, Fatin kembali ke rumahnya sekadar mahu menyalami Along dan Angah serta mengambil beg bajunya.
Ketika dia mahu masuk ke kereta, Along menjerit memanggil namanya. Fatin berpaling memandang Along. " Adik, Along jumpa surat ni dalam laci bilik ibu dengan ayah tadi masa tengah mengemas. Ditulis sini, untuk Adik," Along menyuakan surat bersampul putih itu kepada Fatin. Fatin sambut dan setelah melambai, dia mulakan pemanduannya ke ibu kota.
EPILOG … " Hello, Along. Adik sampai dah kat rumah ni. Okay. Assalamualaikum," Fatin matikan talian.
25