cerpen pendek
Jujur, berat sungguh hati nak tinggalkan Afiq. Wajahnya aku kucup sayu. Ya, aku menangis. Aku bergegas keluar dari kamar itu. Langkah ku atur tanpa arah. Jam hampir ke 10 malam. ' Ya Allah. Macam mana aku nak balik ni...' getus hati kecilku. Hentian bas agak lengang. Hujan mula turun rintik-rintik. Ya, aku ketakutan. Aku tak biasa dengan kawasan ini, dan aku tak tahu mana nak pergi. Zahra pula tak ada, ke rumah sepupunya. Bateri telefon aku pula dah mati. Allah, ujian sungguh. ' Apa aku nak buat ni..' rintih hatiku.
Tiba-tiba, ada sebuah kereta perodua myvi berwarna merah berhenti dihadapanku. Seseorang turun dari bahagian pemandu. " Jom, saya hantarkan awak balik. Cepat!" Katanya tegas. Rupa-rupanya pemandu itu adalah Iskandar. Aku teragak-agak untuk masuk tapi memikirkan sebarang kemungkinan lain jika aku terus berada disitu membuatkan aku tawakkal dan masuk juga ke dalam kereta.
Perjalanan kami makan masa agak lama, dengan keadaan jalan yang agak sesak dan hujan semakin lebat. Sunyi. Tak seorang pun antara kami bersuara. " Maafkan saya, sebab berkasar tadi." Ujarnya perlahan. Aku agak tersentak kerana aku dah hampir-hampir terlelap.
" Tak apa, saya faham. Saya yang salah, sepatutnya minta izin dulu." Balasku. Suasana kembali sepi. Akhirnya, kami selamat tiba di asrama ku. " Terima kasih, dan maaf sebab susahkan awak." Kataku, bersiap-siap untuk keluar dari kereta. Iskandar hanya diam. Tidak sikit pun memandang wajahku. Dua hari kemudian, makcik Asma menghubungi aku. Katanya keadaan Afiq semakin teruk. Dia merayu-rayu minta aku datang ke hospital. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengajak Zahra untuk temankan aku. Sebaik saja tiba di hospital, Iskandar juga ada disitu. Tetapi hanya membisu.
Aku bersalaman dengan makcik Asma dan kak Husna. Makcik Asma kata, keadaan Afiq semakin parah mulai semalam. Suhu badannya naik mendadak. Sekarang doktor tengah pantau sebab Afiq langsung tak mahu beri tindak balas. Aku pandang Iskandar, dia hanya tunduk membisu. " Boleh saya jenguk Afiq?" Soalku padanya. Wajahnya diangkat, muram. Matanya bengkak. Dia hanya membalas dengan anggukkan.
16