agak keterlaluan , tapi kalau tak menyusahkan Jannah , boleh Jannah datang ke hospital sekarang ?" Jawab makcik Asma , suaranya bergetar . Allahu .. " Boleh makcik , saya datang . Hospital mana ye ?" " Tak apa , makcik minta anak makcik jemput kamu . Kakak Iskandar . Nanti dia dah sampai , dia telefon kamu . Terima kasih ye , Jannah ." " Baiklah , sama-sama makcik ."
* * * * * * * * * * *
" Ummi janganlah pergi lagi , Afiq rindu ummi . Baba pun rindu ummi . Afiq nampak baba nangis sambil tengok gambar ummi . Ummi jangan pergi ye ? Afiq janji , Afiq jadi anak yang baik ." Ujar Afiq , lemah sekali . Tangan mengusap lembut pipiku . Ya , aku lemah . Aku menangis . Walau anak itu asing dalam hidup aku , namun hati ini dah kasihkannya , sayangkannya . Aku hanya mampu mengangguk dan mengusap lembut ubun-ubun kepalanya .
Bubur yang makcik Asma masak , habis dimakan oleh Afiq . Itu pun kerana aku mahu suapkannya . Selesai makan ubat , Afiq kembali tertidur . Makcik Asma mengajak aku ke kafe untuk minum . Afiq ditemani kak Husna , anak sulung makcik Asma . " Terima kasih ye Jannah , sudi datang jenguk Afiq . Makcik dah habis ikhtiar . Makcik dah tak tahu nak buat macam mana . Sebab itu makcik minta tolong Jannah ." Ujar makcik Asma , jelas diwajahnya kerunsingan . Aku hanya mampu mengenggam tangannya dan tersenyum . Aku juga sebenarnya rindukan Afiq .
* * * * * * * * * * * cerpen pendek
" Kenapa panggil dia ? Kan angah dah kata tak usah . Angah boleh jaga Afiq sendiri . Kenapa nak libatkan dia ? Dia bukan ummi Afiq !" Keras suara Iskandar mempersoalkan tindakan makcik Asma dan kakaknya . Aku nak pandang wajahnya pun takut , apatah lagi nak bersuara . Nasib baik Afiq tak sedar . " Awak boleh balik sekarang , tak usah datang-datang . Awak tak ada kena-mengena pun dengan Afiq . Jadi , tak perlu susahkan diri . Tolong pergi ." Tegas , tanpa sedikit pun memandang wajahku .
" Maafkan saya , tiada niat pun nak susahkan siapa-siapa . Saya cuma kasihankan Afiq ." Jawabku terketar-ketar . " Tak perlu . Afiq ada saya . Awak boleh pergi . Saya tak mahu tengok awak kat sini lagi ." Aku gapai beg , bersalaman dengan makcik Asma dan kak Husna , aku hampiri katil Afiq .
15