Rumah Buku e-zine Rumah Buku - Vol.2 | Page 16

cerpen pendek
rentap Afiq dari pelukan aku dan bawa Afiq pergi. Entah kenapa, aku rasa sakit sangat hati. Seolah-olah Afiq itu memang betul-betul anak aku, dan orang rampas dia dari aku. " Jannah, kau ok tak?" Soal Zahra selepas kami pulang dari surau. " Entah la Zahra, aku rasa lain macam. Bila Afiq peluk aku, hati aku rasa lain sangat. Serius, aku sedih nak lepas dia tadi." Jawabku, sayu. Zahra hanya mampu genggam tangan aku. Dia sendiri kehilangan kata-kata. Kejadian petang tadi kembali menjengah di jendela kenangan.
* * * * * * * * * * *
Sambil bercerita serba sedikit latar belakang aku dan makcik tadi, kami sempat bertukartukar nombor telefon, sebelum baba Afiq datang menjemput mereka. Iskandar. Itu namanya baba si Afiq. Masa dia datang, jelas riak wajah terperanjat bila dia pandang aku. Ditambah pula dengan kata-kata Afiq. " Baba, tengok Afiq jumpa ummi. Nanti kita bawa ummi balik ye. Afiq rindu ummi, baba pun rindu ummi kan?"
Terkedu. Kami berempat hanya mampu saling memandang. Tak tahu apa nak dijawab pada Afiq. Iskandar ajak mereka pulang, pelukan Afiq pada aku makin kuat. Puas dipujuk nenek dan babanya, tak mahu juga dia lepaskan aku. Aku juga tak mampu nak bersuara, sebak. Mungkin hilang sabar dengan kerenah Afiq, Iskandar terus rampas Afiq dari pelukan aku dan bawa Afiq pergi. Menjerit-jerit Afiq panggil aku. Orang-orang di kedai makan itu semua pandang kami.
" Maafkan makcik ye Jannah, terima kasih sebab layan Afiq tadi. Nanti apa-apa makcik telefon kamu ye." Ujar makcik Asma, dipeluk erat tubuhku, dan terus berlalu.
* * * * * * * * * * *
Kami teruskan hari-hari seperti biasa. Namun jauh disudut hati, aku mula rindukan wajah comel Afiq dan celoteh pelatnya. Usai solat asar, telefonku berdering. Jelas tertera nama ' Makcik Asma '. Jantungku berdegup laju. Entah kenapa, aku rasa macam ada sesuatu yang tidak enak untuk didengar. " Assalammualaikum, makcik." " Waalaikummusalam, Jannah...." Suara makcik Asma seolah sedang menahan tangis. " Kenapa makcik?" Soalku. " Afiq.. Afiq dimasukkan ke hospital. Dia tak mahu makan, tak mahu buat apa. Afiq demam panas. Meracau-racau cari umminya. Makcik nak minta maaf sebab permintaan makcik
14