Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 9

|Pertandingan cerita pendek ‘Jadi kemerdekaan ini apakah maknanya George?’ ‘Kemerdekaan ini adalah satu drama sahaja Samad. Hari kamu merdeka adalah hari pertama kamu menjadi kami dan hari kalian akan berasimilasi dengan bahasa dan budaya kami. Bangsa kamu akan mengamalkan cara hidup seperti kami dan setibanya waktu itu, bangsa Melayu akan hilang Melayunya.’ ‘Sungguh licik kalian George! Aku tidak menyangka kalian sekeji ini paling tidak aku sangka, aku pernah berteman dengan kamu George!’ ‘Samad...Hari kami akan berangkat ke London, adalah hari terakhir Tanah Melayu Berbangsakan Melayu, kerana selepas ini bangsa Melayu tidak lagi akan bertutur bahasa Melayu, mereka tidak lagi amal budaya Melayu dan mereka berbangga-bangga dengan bahasa kami dan budaya kami serta cara hidup kami. Orang cina akan menguasai ekonomi kerana segala perniagaan dan taktiknya telah kami ajari dan orang India pula kami telah didik mereka cara bekerja dan mereka akan memenuhi jawatan-jawatan yang penting dalam setiap bidang selagi mereka fasih berba- hasa kami.’ ‘George! Cukup!!! Aku sudah tidak tahan mendengar lagi! Kerana aku tahu semua itu adalah benar dan pasti akan berlaku! Tapi cukup George, aku sudah tidak mahu mendengar lagi apa-apa fakta tentang semua itu’ ‘Baiklah Samad. Kamu boleh menjangkakan apa yang berlaku pada negara kamu, jadi terpulang kepada kamu kini untuk membentuknya bagaimana, ini tanah kamu, tanah ibu ayah kamu. Rancangan kami sudah berjalan sejak kaki kami pijak ke tanah ini untuk pertama kali. Semoga berjaya Samad’. Karya : OSMAN MALEK 07