Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 10

KEAMANAN YANG HILANG ? |Pertandingan cerita pendek Mataku merenung seketika melihat anak kucing yang asyik bermain dengan anak kucing yang lain.Anak kucing tersebut sangatlah comel dan lirik mataku hanya melihat mereka bermain selama beberapa minit.Ketika itu barulah aku terfikir dan tersedar bagaimanakah anak-anak kecil Syria bermain antara satu sama ketika tanah air mereka sendiri sedang bergolak.Bunyi bom meledak di sana sini namun masih terpancar sinaran dalam diri anak-anak kecil Syria yang mengharapkan keamanan yang hilang.Bukan hanya rakyat Syria yang mengalami sengsara azab dunia.Tetapi bangsa Rohingya turut dinafikan keadilan sebagai manusia untuk hidup dengan aman di bumi tercinta. Aku menelaah telefon pintarku yang telahku anggap sebagai buku keduaku untuk menge- tahui lebih lanjut isu semasa yang sedang berlaku di mayapada ini dengan menggunakan saluran yang betul.Begitu banyak masalah sosial yang berlaku ketika ini menghantui generasi xyz.Dengan ledakan teknologi masa kini merumitkan lagi barah yang sedang melanda masyarakat kita pada hari ini.Oh tuhan,ketika itu aku terfikir aku sebagai generasi muda yang ditakdirkan tuhan untuk berada di zaman ini mula dihantui rasa bersalah.Walaupun aku bukanlah orang yang terlibat dengan gejala sosial yang semakin parah masa kini.Tetapi aku rasa amat bersalah kerana aku tidak menggunakan kudrat yang ada untuk membantu bangsaku,Aku hanya tahu duduk dan terkenangkan sendirian nasib bangsaku yang telah hilang jati diri mereka Aku terfikir adakah generasi hari ini terlibat dengan gejala sosial dan hedonisme masa kini disebabkan ingin mencari erti sebuah keamanan dalam diri mereka ? Dan apa mula maksud keamanan yang diperjuangkan oleh bangsa-bangsa yang tertindas di seberang laut sana.Anak-anak kecil Syria mati terkapai-kapai di laut untuk mencari erti keamanan di negara lain walaupun mereka tetap ditindas dan dinafikan hak mereka sebagai pelarian.Tetapi berbeza pula di negara kita generasi muda kita terkapai-kapai membebaskan diri mereka dari cengkaman norma kehidupan dan mencari keamanan untuk kepentingan mereka sendiri untuk dinikmati seketika.Oh tuhan,sedarkanlah generasiku yang sedang hampir tertidur lena agar tidak menjadi seperti katak yang hanya menghayati dunianya dibawah tempurung kelapa. Aku mula mempersoalkan diriku apakah yang patut aku lakukan untuk menyelamatkan bangsa ini daripada terus leka dibuai mimpi ? Adakah aku perlu menggunakan gendang dan rebana ubi untuk menarik perhatian orang ramai agar mendengar celotehku tentang isu masa kini ? Adakah aku perlu menabur ringgit dan dolar barulah orang sekeliling berpusu-pusu untuk mendengar amanatku.Aku terfikir sebegini rupa kerana generasi hari ini hanya menjadikan wang dan harta sebagai matlamat utama kehidupan.Erti keamanan dalam hidup beragama dan sebagai insan tuhan telah mulai lupus secara perlahan-lahan ibarat anai-anai yang meruntuhkan sebuah istana yang sungguh cantik tersergam indah.Apabila manusia yang 08