Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 11

|Pertandingan cerita pendek dahulunya dihiasi dengan kemurnian agama dan sifat terpuji mulai terhakis dimamah “Bapa” teknologi dan “Ibu” internet. Ketika itulah aku bangkit dari tempat tidurku yang empuk.Aku memulakan langkah untuk menyedarkan anak muda dengan menjadi “keyboard warrior” dengan menyebarkan ayat- ayat positif dilaman sosial.Bukan untuk meraih “like” dan “share” berlipat ganda mahupun ketagih viral yang semakin menjadi-jadi masa kini.Namun dengan semangat yang berkobar- kobar untuk mengembalikan erti keamanan di dalam hati dan jiwa setiap insan generasi Malaysia.Semoga dengan perkongsian ilmu di laman sosial menjadi bekalan kita semua di akhirat kelak.Ilmu yang disebarkan bukanla sewenang wenangnya disampaikan begitu sahaja tetapi menepati citarasa anak muda yang lebih suka bersifat santai dan ilustrasi grafik yang menarik perhatian mereka untuk membacanya dengan lebih bersungguh-sungguh. Oh dirgahayu Malaysia,sampai bilakah keamanan di bumi bertuah ini mampu bertahan hingga ke akhirnya ? Sedangkan bumi bertuah ini telah menjadi semakin tenat dirosakkan oleh spesies mamalia yang mempunyai akal.Namun aku berfikir kenapakah mereka sanggup merosakkan tempat tinggal mereka sendiri demi sekeping wang kertas yang hanya mampu bertahan selama beberapa hari jika digunakan dengan rakusnya.Bukan itu sahaja,bumi tuhan ini menjadi saksi siraman darah manusia yang tidak berdosa jatuh ke bumi tanpa pembelaan manusia yang duduk gah di atas sana.Oh tuhanku,saksikanlah kedurjanaan yang berlaku di bumi ciptaan mu.Semoga setiap titisan darah yang mengalir akan terbela mungkin tidak di dunia tapi di alam akhirat. Aku juga mula menjinakkan diri dengan aktiviti sukarelawan untuk menyebarkan keamanan dalam diriku dan kawan-kawan di sekitar ku.Aku inginkan kemananan kepada manusia dan kelestarian kepada alam sekitar.Aku mula menyertai Kelab Ekorelawan di kampusku yang terletak di Bangi iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia.Kelab ini mempunyai kerjasama dengan UNESCO dan memperjuangkan kelestarian alam sekitar di kampus dan di sekitarnya.Di sinilah aku mula menghargai betapa pentingnya kelangsungan alam sekitar kita demi menjamin keamanan sejagat.Keamanan alam sekitar yang diperjuangkan bukan hanya berfokus kepada kebaikan untuk manusia tetapi juga haiwan-haiwan yang hidup di sekitarnya.Dengan kehijauan inilah manusia dapat merasai kemananan setelah berpenat lelah dengan dunia materialistik Mendidik diri tidaklah sesusah mana daripada mendidik orang di sekitar kita. Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk menyedarkan orang ramai masa kini.Manusia masa kini tak boleh ditegur sesuka hati namun perlu didahulukan dengan hati yang menggembirakan mereka sebelum diberikan nasihat. Aku meneruskan misi mencari keamanan dengan menyertai aktiviti 09