Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 12

| Pertandingan cerita pendek
sukarelawan yang memfokuskan golongan yang tidak bernasib baik. Mennggunakan kudrat kurniaan tuhan akan aku kerahkan segala-galanya demi membantu golongan gelandangan, asnaf dan fakir miskin demi untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Oh dirgahayu Malaysia, bumi bertuah ini telah kembali sepi dengan tiadanya pejuang yang benar-benar memperjuangkan keamanan. Rasuah dengan rakusnya telah membaham bumi ini. Duit telah memperdaya mata manusia untuk terus leka berseronok bersamanya. Semakin diagung pelbagai dasar kemajuan, semakin banyak harta dan maruah digadaikan. Hanya kerana kemajuan yang dikejar tanpa mengerti apakah erti kemajuan yang sebenar. Marilah bersama-sama kita bangkit untuk mengembalikan keamanan di muka bumi bukan dengan hanya mengorbankan duit semata-mata tetapi bermulalah dengan sikap. Sikap yang telah menjadi ikon kepada agama dan bangsa kita. Kerana sikaplah kita mambu merubah bumi yang sepi ini kembali ceria.
Pertembungan arus modenisasi pada hari ini telah memberikan impak yang besar kepada pembentukan generasi hari ini. Bermula saat inilah kita sebagai manusia yang diciptakan tuhan dengan akal untuk terus memikirkan bagaimana untuk kita terus mengekalkan dan mengembalikan semula keamanan di muka bumi ini. Jangan hanya tunggu ais di kutub utara cair sepenuhnya menenggelamkan alam ini, jangan tunggu gunung-gunung di muka bumi ini meletup dengan kuat menghancurkan daratan, jangan tunggu ribut taufan dan puting beliung menggegarkan langit yang biru yang indah baru kita semua terhegeh-hegeh inigin mencari keamanan yang hilang. Justeru, marilah kita semua bangkit memperjuangkan keamanan yang telah lama hilang ditelan rakus tanga-tangan manusia durjana agar kita dapat menikmati sebuah kehidupan yang lebih aman dan tenteram.
Karya: MUHAMMAD IZZAT BIN EBRAHIM
10