Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 13

LAMPU DI ATAS SILING. |Pertandingan cerita pendek Aku tidak tahu mengapa lampu di atas siling bilikku ini tidak pandai mati-mati. Sudah tiga minggu aku berpindah dalam rumah agam ini lampu diatas siling itu masih terang bercahaya. Aku laporkan masalah ini kepada pak mat penjaga rumah agam Datok Syafiq, dia kata lampu itu sudah banyak kali dibaiki tetapi dia tetap hidup menyinari seluruh pelosok ruang dalam bilikku yang luas sejak tiga minggu lalu. Aku sudah mulai bosan dengan karenah pak mat dan mula mengambil inisiatif tersendiri. "jangan kau keluar dari rumah ini!! jika kau keluar juga akan ku sumpah keturunanmu miskin seumur hidup tidak berharta" "aku sudah penat dengan tingkah lakumu azman lelaki buas! ceraikan aku syaitan!!" Aku masih tidak boleh tidur disebabkan bisikan pergaduhan itu ditambah lagi cahaya terang lampu bilik ini. Aku tidak boleh tidur, aku stress, aku depress, tekanan. Disebabkan hal itu,hal yang membuatku hampir menjadi gila aku keluar dari rumah agam yang besar indah ini. Luas halamanya rumah agam ini seluas mata memandang udaranya yang nyaman dan pemandangan diatas bukit membuatkan aku ingin teguh tinggal di sini untuk seminggu lagi. "Pagi pak mat" sapaku kepada pak mat yang kini duduk selesa di kerusi malas sambil mengi- kuti berita di akhbar Harian Metro. "Pagi jo."balas pak mat "kau nak pergi kerja biar pak mat hantar" balasnya dengan meletak- kan surat khabar lalu berdiri menuju pintu dimana aku berdiri dengan gagah perkasa. "tidak apa la pak mat jaga saja rumah agam ini saya boleh naik motor ex5 pergi kerja"kataku dengan sopan seperti mana aku pelajari adab terhadap orang tua 12 tahun lalu. Aku bergegas menuju motor ex5 bersebelahan ducati veyron kepunyaan datuk. Aku lebih suka menaiki motor ex5 walaupun berpakaian kemeja dan kasut kilat. 5 tahun aku bekerja di syarikat petronas 5 tahun itu juga aku menaiki ex5 yang sama. Aku lebih suka hidup berseder- hana berbanding hidup mewah kaya raya. Kini lampu itu masih bermain di benak fikiranku aku masih mencari ikhtiar bagaimana hendak matikan cahaya lampu syiling yang bebal tidak berkesudah itu. 11