Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 14

|Pertandingan cerita pendek "man kau tahu matikan lampu siling" "rip kau tahu matikan lampu siling " "sar kau tahu matikan lampu siling" Sudah lebih 10 orang aku tanya dan jawapanya sama "kau gila ya".itu jawapan semua crew yang aku tanya. Aku tidak tahu aku bodoh atau mereka yang gila, ia membuatkan aku bertam- bah rumit memikirkanya. Selepas 8 jam bekerja aku balik langsung singgah sebentar di kedai 7E membeli maggi sebungkus dan juga jajan 2 packet. Ketika aku meletakkan barang-barang di kaunter pembayaran pekerja itu memandang aku dan bertanyakan sesuatu persoalan yang sangat memeningkan."kira bang?" Selepas saja aku keluar dari kedai 7E itu aku masih terikat dengan pertanyaan pelik dan jawapan pelik dan juga perkara pelik. Aku mula pening berhadapan dengan perkara pelik dalam kehidupan ini. Aku tertahan di hadapan lampu merah depan clubbing utama negeri ini 4 orang budak peminta sedekah berlari keriangan ke arah kereta bugati veyron dan juga lambo- rghini kuning. Strategi yang baik ditunjukkan. 2 orang ke kereta bucati veyron dan 2 orang lagi ke kereta lamborghini kuning meminta-minta duit kepada dua orang melayu kaya yang berada dalam kereta mewah itu. "abang-abang minta seringgit saya belum makan dari pagi tadi"katanya sambil menunjukkan isyarat tangan kemulut dan juga menepuk-nepuk malas perut. "sudah pergi aku tiada duit pergi sana jauh-jauh" "sudah pergi kau peminta sedekah." Lampu merah bertukar warna aku jalan dengan sejuta persoalan kereta mewah kalahkan raja duit, seringgit tidak ada. Aku masih berpikir dan tertanya-tanya betulkah melayu kaya itu tidak ada wang seringgit ataupun semua duitnya wang 50 ringgit dan sebab itu tidak dapat diberi. Sampai di rumah agam pak mat masih menyiram bunga di halaman rumah sambil menyanyi lagu my heart will go on. Cukup sedap suara orang tua itu. Aku masuk tanpa dia sedari dan terus ke bilik bercekak pinggang memikirkan 3 hal pelik yang terjadi. Tv plasma aku buka dan kini Perdana Menteri berbicara tentang kemajuan. 12