Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 8

|Pertandingan cerita pendek Satu persatu helaian muka aku baca dan aku fahamkan. Ada satu bahagian di mana ayahku mencatatkan kata-kata pegawai itu tentang fungsi dan peranannya dalam mewujudkan mekanisme yang ada di Tanah Melayu. Jelas dirakam ayahku dengan catatan yang menggu- nakan bahasa yang mudah. Barangkali bahagian ini sangat penting: ‘Samad, kami sudah selesai dengan negara kamu, kerana itu kami bersetuju untuk sedia memberi- kan kemerdekaan kepada negara kamu ini. Kami sudah boleh pulang ke London dengan senyum dan tawa yang akan diwarisi’ Bapaku menjawab ‘apakah maksud tuan?’ ‘Lihat, kamu sendiri masih panggil saya tuan. Sedangkan saya ini bukan orang Melayu dan kamu memanggil saya tuan kerana kedudukan saya dan merasakan saya lebih tinggi dari kamu. Kerana itu kami orang Inggeris mewujudkan sekolah dan universiti supaya minda orang-orang di negara ini sentiasa merasakan elemen bangsa kami penting’. ‘Ada benarnya itu, lantas pastinya pihak Inggeris sudah merancang semua ini sejak awal lagi? Apa lagi rencana kalian?!’ ‘Kami sudah bolot segala hasil timah di Perak untuk membangunkan England, jadi misi kami di sini sebenarnya sudah pun selesai namun kenapa kami masih di sini adalah untuk mengeluarkan sisa-sisa hasil yang masih tersimpan di penjuru-penjuru negara ini. Negara kamu akan mengharap- kan belas ihsan kami untuk menjana pendapatan negara kerana hasil negara kamu telah kami habiskan. Jadi apa yang tersisa untuk kalian gunakan untuk bangunkan negara kamu? Syarat- syarat kemerdekaan pula telah kami tetapkan supaya kebergantungan kewangan negara ini perlulah dari hutang dan jalinan ekonomi dengan negara kami.’ ‘Orang-orang Melayu terpaksa pelajari bahasa Inggeris dan mengikut aturan Inggeris dalam pelajaran dan persekolahan mereka atas alasan untuk memenuhi permintaan ekonomi’ ‘Ya! Orang-orang Melayu akan belajar bahasa kami, bersekolah dan berpakaian seperti kami. untuk bekerja mereka perlu berpakaian seperti kami, untuk menjalankan perniagaan mereka perlu bertutur bahasa kami, menulis surat itu ini dengan bahasa kami dan bertutur bahasa kami di tanah air mereka sendiri. Tidak cukup dengan itu kami membawa masuk buruh cina dan india supaya penggunaan bahasa Melayu semakin mengecil kerana dalam jangkaan kami orang cina dan india pastinya lebih rela mendalami bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu kerana ini bukan tanah air mereka. 06