|Pertandingan cerita pendek
HARI TERAKHIR TANAH MELAYU BERBANGSAKAN MELAYU
Hari ini adalah tanggal yang cukup penting bagi negara Melayu. Hari ini adalah hari
Tanah Melayu menyambut kemerdekaan yang diidam sejak 400 tahun dahulu. Tanah Melayu telah
dijajah sejak zaman Melaka, penjajahnya pula sering bertukar-tukar. Penjajah pertama berbangsa
Portugis, kemudian datang pula penjajah dari Belanda, tidak cukup dengan itu bertukar pula
pada British. Tanah Melayu dicabul berulang kali dengan perakus dan perogol yang berbeza.
Tanah Melayu ini bisa dianggap seperti wanita murahan yang diguna dan diperhamba oleh lelaki
yang bernama penjajah. Sesudah seorang lelaki, bosan dengan wanita yang telah digunakan ini
diberi pula pada lelaki-lelaki yang lain. Setiap lelaki yang menoda wanita yang bernama Tanah
Melayu ini diterokanya setiap sudut dan inci tubuhnya dan diratah dengan cara yang berlainan.
Tanggal 31Ogos 1957, merupakan tarikh keramat bagi Tanah Melayu. Orang-orang
Melayu terasa amat bersyukur kerana dapat merasakan detik yang dinantikan selama 400 tahun.
Air mata berhamburan di mata setiap rakyat Tanah Melayu terutamanya orang Melayu yang
menjadi tuan bagi negara ini. Hari ini juga merupakan hari terakhir Orang British menduduki negara
ini dan mer eka telah dipanggil oleh Ratu untuk pulang ke negara asal mereka. Orang-orang British
telah mengemaskan barang-barang mereka untuk mereka pulang ke negara asal, namun mereka
pulang dengan tersenyum girang. Orang British telah bosan menoda Tanah Melayu, terlalu lama.
Jadi mereka pulang dengan senyum yang paling senang kerana mereka telah menoda bukan
semata-mata menoda, mereka juga telah tinggalkan benih-benih sperma mereka di rahim Tanah
Melayu. Tiada satu orang pun boleh meletakkan salah pada mereka kerana mereka sudah pulang
ke negara asal mereka dan ‘anak-anak’ ini akan menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk
mengasuhnya dan menjaganya.
(2)
Ayahku seorang penulis dan seorang wartawan bagi syarikat akhbar Utusan Melayu, ayahku
sempat berhubung lidah dengan salah seorang bekas pegawai British yang bertanggungjawab
dalam menyusun segala rancangan untuk mekanisme di sini. Pegawai itu juga merupakan teman
bapaku, mereka membesar dan bersekolah bersama-sama di Singapura. Bapaku catatkan
perbualan mereka dalam buku nota kecilnya. Buku itu juga merupakan satu-satunya ‘harta’ yang
ditinggalkan untukku dan ibu.
Ayah meninggal dunia kerana dibunuh pada krisis perkauman tanggal 13 Mei 1969. Kini aku mula
meningkat dewasa, aku meminta izin ibu untuk membaca buku nota arwah ayahku. Muka
pertama di buku nota arwah tertulis ‘Lembar Kecil Untuk Esok’. Banyak sekali hal-hal berkaitan
dengan orang Melayu dicatatkan di dalamnya namun aku cuma tertarik dengan catatan tentang
perbualannya dengan pegawai British yang ibu pernah ceritakan dahulu. Lalu aku terjumpa
dengan helaian yang diletakkan judul yang besar ‘Hari Terakhir Bangsa Melayu menjadi Melayu’.
Aku terpanah dengan judulnya begitu dalam maksud judul ini.
05