Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 20

|Pertandingan cerita pendek "Bibir Lia cantik. Kalaulah bibir itu hancur." Aku menggumam perlahan. Seakan mendengar gumamanku, gunting tajam itu dibawa ke bibir mungil Lia. Dagu Lia dicengkam kuat dan zuppp, gunting tajam itu terus mengoyakkan mulut Lia sehingga ke telinga. Aku yang melihat hanya tersengih. Nice. Mata Lia membulat dan memerah. Tangannya tersentak-sentak menandakan dia mengalami sakit yang tidak terkira. Gunting yang dipenuhi darah diletakkan di tepi. Kini, giliran jarum dan benang pula yang akan beraksi. Jarum yang bersaiz besar itu mula menjahit mulut Lia yang dikoyakkan tadi. Penuh teliti dan perlahan bagi meyalurkan kesakitan yang tidak terhingga buat si penerima. Semuanya selesai. Wajah Lia sekarang sangat hodoh dan aku yakin, tidak ada sesiapa pun yang mahu menatap wajahnya hatta cermin sekalipun. Video yang berduariasi hampir 1 jam itu tamat. Tiba-tiba, komputerku menjadi gelap. Butang on kutekan berkali-kali namun tetap gagal. Mungkin komputerku diserang virus dan rosak. Tok Tok Tok Ketukan pintu kedengaran. Mama masuk dengan terkocoh-kocoh. "Kenapa Ma?" "Lia masuk hospital. Ibu dia kata, muka Lia hancur. Mama tak pasti sangat apa yang terjadi." Aku mengukir riak wajah terkejut sedangkan hati sudah bersorak keriangan. Website itu tidak menipu! Sahabat yang berjanji mahu susah dan senang bersama. Terima kasih Lia. Kau dah buktikan kata-kata kau. Selamat datang ke dunia aku. Dunia yang penuh dengan herdikan dan cacian manusia. Terima kasih website misteri. Karya : HANIS 18