Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 19

|Pertandingan cerita pendek "Eh? Dua pula? Aneh." Gumamku perlahan. Lantas aku memilih benang dan jarum dan juga gunting. Terima kasih kerana menjawab soalan kami! Halaman tadi hilang dan muncul satu video yang sedang buffering. Aku menongkat dagu kebosanan. Video apa pula ini? Tidak lama kemudian, video itu mula berjalan. Aku menonton dengan penuh teliti. Video tersebut menunjukkan satu bilik yang hanya samar-samar; seakan bilik pembedahan. Sedang aku ralit menonton, satu jeritan membuat aku tersentak. Suara itu, suara itu amat kukenali! Suara Lia! Tepat jangkaanku! Video itu mula menunjukkan sekujur tubuh yang diikat pada bangku yang uzur. Ya, sekujur tubuh itu milik Lia, sahabatku. Jelas terpancar riak ketakutan di wajah Lia. Matanya merah menahan air mata. Bibirnya pucat. Melihat keadaan Lia begitu, jariku menggigil. Tiba-tiba, muncul satu manusia yang lengkap berpakaian seperti doktor yang mahu melaku- kan pembedahan. Di tangannya, terdapat sebilah pisau tajam yang berkilat. Perlahan-lahan, doktor itu menghampiri Lia. Lia menggeleng-geleng ketakutan. Dahiku mula berpeluh. Pisau yang tajam itu didekatkan di pipi mulus Lia. Perlahan, pipi Lia ditoreh. Darah merah mula mengalir laju. Air mata kesakitan mengalir dari mata Lia. Berkali-kali pipi Lia ditoreh sehingga menampakkan isi dagingnya. Dan entah mengapa, aku menjadi seronok melihat penyiksaan yang dilakukan terhadap Lia. Pipi Lia sudah ditoreh habis. Darah merah yang mengalir laju dilap dengan menggunakan kertas pasir mengakibatkan kulit yang sedia hancur semakin hancur. Doktor tadi mula pergi meninggalkan Lia yang sudah tidak bermaya. Aku menyimpul senyu- man puas. Akhirnya, tiada lagi Lia yang disanjungi ramai dan disukai ramai. Tiada lagi. Permainan itu tidak berhenti takat itu. Sekali lagi, muncul seorang doktor yang berlainan dari yang awal tadi membawa jarum, benang dan gunting di tangannya. 17