| Pertandingan cerita pendek
Malam itu, setelah menyiapkan semua kerja sekolah, aku membuka komputer ribaku dan mencari artikel berkaitan tips kurus.
Benci diejek gemuk? Hapuskan manusia bermulut puaka! Klik link di bawah untuk menghapuskan manusia-manusia yang anda benci!
Entah mengapa, artikel itu membuatkan aku tertarik. Walaupun hatiku sedikit cuak apabila membaca ayatnya yang agak menyeramkan, namun perasaan ingin tahu semakin membuak-buak. Akhirnya, kugerakkan tetikus komputer dan menekan link yang terpapar. Laptopku buffering seketika sebelum muncul satu website yang latar belakang bewarna hitam dan beberapa perkataan merah.
Selamat datang ke website kami! Anda seorang yang gemuk dan dibenci? Anda cemburukan rakan anda yang lawa dan popular? Jangan risau, kami ada penyelesaian! Kami tidak memerlukan bayaran. Kami juga tidak memerlukan pendaftaran. Apa yang kami mahukan adalah beberapa informasi dasar tentang rakan yang mahu anda benci. Jawablah beberapa pertanyaan dari kami.
Aku terhenti sejenak saat membaca. Betul ke benda ni? Atau, website ini sekadar mahu menganiaya orang gemuk sepertiku? Tetapi, tidak salah mencuba bukan? Senyum senget diukir.
Siapakah rakan yang anda benci? Aku agak ragu-ragu mahu menjawabnya. Macam mana kalau ia betul? Ah, tidak mungkin! Website bodoh ini pasti mahu mempermainkanku. Jariku lantas menaip nama manusia yang sangat rapat denganku. Lia.
Selesai menulis nama Lia, muncul beberapa gambar pada halaman website itu seperti pisau, kayu, paku dan parang.
" Apakah alat yang mahu anda gunakan? Pilih satu daripada empat gambar di atas."
Tanpa berfikir panjang, tanganku mengetik gambar pisau. Gambar kedua pula muncul. Terdapat empat gambar juga seperti di atas. Benang dan jarum, gunting, mancis dan sudu. " Apakah alat yang mahu anda gunakan? Pilih dua daripada empat gambar di atas."
16