Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 7 | Page 17

WEBSITE. |Pertandingan cerita pendek Nama aku Farah. Aku ada satu habit iaitu aku sering mengambil serius apa yang dikatakan orang kepadaku. Rakan-rakan sekolahku gemar memanggilku gajah bebal. Satu penghinaan namun aku tidak menyalahkan mereka kerna, kenyataannya aku memang seorang remaja yang gemuk tahap melampau. Aku mempunyai seorang sahabat. Namanya Lia. Lia ni cantik sangat. Wajahnya seiras Mira Filzah. Dia popular di sekolah. Ramai lelaki suka padanya. Ramai yang tertanya, kenapa Lia berkawan denganku tetapi Lia dengan tenang akan menjawab; "Sahabat dinilai bukan dari paras rupanya. Siapapun dia, dia sahabat aku dan kami akan melalui susah dan senang bersama." Suatu hari, sewaktu tamat sesi persekolahan, Lia mengajakku makan di Restoren Dj Ali yang terletak tidak jauh dari sekolah kami. Katanya, ibu-bapanya tiada di rumah. Aku tanpa berfikir panjang langsung bersetuju kerna Lia mahu membelanjaku. Siapa yang tidak suka makan free kan? "Makan apa?" Soal pelayan lelaki yang hanya memandang Lia tanpa mempedulikanku. Seakan aku tidak wujud di situ. Kurang ajar. "Em, Milo Ais dengan Nasi ayam." Pinta Lia ringkas. Pelayan itu menganggukkan kepala sambil mencatat order. Selepas itu, barulah dia menoleh ke arahku. "Nasi ayam satu, pau daging tiga, ABC nak mangkuk yang besar." Pintaku malu-malu. Pelayan itu mengangguk lalu berlalu pergi. "Kau bukan kata nak diet ke Farah?" Lia menyoal tegas. "Memanglah. Tapi kau tahu kan aku tak boleh lapar?" Senyuman kuukir membuatkan pipi tembamku ternaik. "Kalau macam ni lah Farah, sampai bila-bila kau akan tetap jadi gajah bebal." Entah mengapa,hatiku sedikit sentap mendengarkan kata-kata Lia. Kata-kata yang lahir dari mulutnya seakan menghinaku. Soalan Lia kubiar berlalu sepi. Dia fikir dia siapa? Sesuka hati mahu menghinaku? *** 15