|puisi
Penunggang agama kafir?
Tidak! Tidak sewenang-wenangnya kita mengkafirkan manusia,
Penunggang agama munafik?
Ataukah aku yang salah tilik?
Si penunggang agama,
Umpama api di dalam sekam,
Umpama gunting dalam lipatan,
Umpama manis yang menyesatkan.
Banyak ciri yang boleh dilihat,
Berpurdah bertudung labuh untuk mencuri di masjid dan surau,
Berjubah berkopiah semata-mata mahu mengurat anak dara orang,
Di bibir banyak ilmu dikongsi,
Hakikatnya sekadar ingin populariti.
Aku bukanlah malaikat,
Yang senantiasa baik dan bertaubat,
Tapi kenyataannya..
Aku juga bukan syaitan,
Yang senantiasa derhaka dan berbuat kejahatan.
Hidup dengan menunggang agama,
Adalah hidup yang menyedihkan,
Kerana tanpa sedar kau telah melukakan,
Hati seorang insan yang mulia di sisi Tuhan.
Kita yang melihat si penunggang agama,
Kenapa sekadar membiarkan?
Hentikan tunggangannya!
Dengan apa cara yang terdaya,
Kuasa, bicara atau cuma doa,
Kerana kita umat terbaik yang pernah ada,
Yang mengajak kepada yang baik-baik,
Yang mencegah keburukan dari menaik.
22