|puisi
KASIHANILAH..!!
Kasihan.. kasihan kepada pemimpin Islam.
Al Fateh, Hassan Al Banna, Mohammad Morsi..
Kasihan.. kasihan kepada para sahabat.
Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali..
Kasihan.. kasihan kepada kerabat Nabi.
Aisyah, Fatimah, Hassan, Hussein..
Kasihan.. kasihan kepada Nabi Muhammad.
Rasulullah, kekasih Allah..
Kasihan kerana sia-sianya usaha mereka!
Hari ini penunggang agama yang derhaka,
Menjadikan agama ini umpama batu bata,
Yang boleh dipijak diinjak setiap ketika.
Daripada semua di atas,
Aku paling kasihan kepada dia.
Siapa?
Dia Muhammad S.A.W.
Bersusah payah di era mulanya Islam,
Dicaci dihina diperli umpama makanan ruji,
Dibaling najis sehingga Fatimah menangis,
Diancam diugut hukuman mati.
Semua yang sudah dirasainya,
Hanya dibalas dengan senyumnya yang seindah suria,
Hanya dibalas dengan doa insan teraniaya,
Hanya dibalas dengan kerlingan tenang dari anak matanya.
Dan setelah Islam mulai menyinar,
Menerangi dunia yang kian pudar,
Datang pula beramai-ramai,
Mereka yang aku gelar,
Penunggang agama durjana!
21