Rumah Buku e-zine Rumah buku Vol 6 | Page 22

|puisi Sampai bila kau mahu berdalih yang Tuhan tu maha kuasa Semua ciptaan itu atas iradah Tapi jika Tuhan itu murka Semua nikmat dia tarik sekelip mata Apa kau mahu bukti ? Lihat pada Ad dan Thamud begitu banyak melakukan fasad Mereka terlalu jahil Hinggakan pesuruh Allah dicemuh Lalu turun segala kecelakaan Yang bersifat agresif Begitu juga firaun Yang mengaku Tuhan Sampaikan Musa dimainkan hangga mereka Berkejeran Akhirnya firaun ditenggelamkan Apa kau mahu ? Jadi seperti Ad dan Thamud Apa juga seperti Firaun ? Sejarah itu ibarah Supaya utuhnya aqidah Doalah minta jauh Segala bentuk musibah Juga dijauhkan dari Semua perkara keji dan melalaikan DORONGAN NAFSU Hati seorang ustaz-- Niat melencong, Riak mendatang, Glamor dikejar, Tutur nada bersindir. Dia lelaki berserban-- Agama dijadi tirai, Lindung kebiadaban diri, Nasihat umpama mainan, Bertunjuk megah keilmuan. Lelaki berjubah putih-- Hati mendakap kemewahan, Kaut segala keuntungan, Halal haram diketepi, Digoda dan tergoda oleh duniawi. Nafsu manusia-- Nafsu pengaruhi hatinya, Dia lupa segala, Kuat nafsu mencengkam, Akhirnya agamawan terbungkam. By Abdul Syahid, Temerloh. MELL 20