|puisi
Kita diberi peluang oleh Allah, untuk mencorak.
Atau, "design" bak kata omputih.
Macam mana hidup yang kita nak.
Tapi, kita pilih untuk kekal di takuk lama.
Memilih untuk kekal dijajah kejahilan agama.
Maka nanti, bila di "sana",
Kalau kita diberi "kunci" ke penginapan di neraka,
Jangan kita soal mengapa.
Sebabnya?
Allah dah beri peluang.
Tapi kita yg sia-siakan.
Allah,
Takkan ubah nasib sesuatu kaum,
Jika kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri.
Ayuh, sahabat!
Bangunlah dari tidur mu!
Tinggalkan segala kekotoran itu.
Bangkitlah dari dijajah kejahilan.
Kita ummat akhir zaman,
Yang Rasulullah rindu-rindukan.
Apa kita tak mahu bersama Baginda kelak d syu rga?
Ayuh
Berubah lah.
Berhijrah lah.
-BungaBakawali
19