|puisi
Aku juga bukanlah seorang yang terlalu berkuasa,
Mahu menegur nanti dikata,
"Jaga kain sendiri sahaja!"
Berdoa pula selemah-lemah cara,
Kata kita..
Meski hakikatnya doa, itulah seampuh-ampuh senjata.
Dan aku..
Guna medium taip dan hantar,
Semoga kalian membaca,
Membaca untuk mengubah manusia,
Membaca untuk menyedarkan jiwa,
Membaca untuk membaiki minda,
Membaca untuk sentiasa merasa..
Kerana cintanya yang mendalam,
Kerana sayangnya yang pekat hitam,
Kerana kasihnya seluas alam,
Dia hidupkan jiwa..
Dia besarkan jiwa..
Menyebar Islam dan sejahtera,
Sehingga mekar mengharum seantero dunia,
Maka apa kita sanggup meruntuhkan ini semua?
Sanggup mengabaikan ini semua?
Semua usaha dia, Muhammad Rasulullah..
yang tanpa sedar kita selalu rindu dan cinta.
Aku seru buat kesekian kalinya,
Sama ada kau penunggang agama,
Atau kau pendukung sebenar agama,
KASIHANILAH!!!
Izzati Mukhali
250317
Kota Bharu
23