Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 6

| kisah seni- aksara 1
rakaman ilmu pengetahuan. Ini juga yang akan membentuk bangsa semasa dalam sesuatu zaman juga zaman yang terkemudian. Tapi sikap tanggungjawab sebegini biasanya ada dalam diri seorang pengarang. Jarang penulis mengambil sikap ini.
5. Selain menulisapakah lagi kegiatan seni yang Eja lakukan?
Eja terlibat dalam pembikinan filem pendek. Tapi sekarang dah berhenti sebab tak mahu ada‘ conflict of interest’ bila harus mengkritik walaupun Eja suka dengan kerja membikin filem. Eja pernah terlibat juga dengan pementasan teater. Yang ini pun dah setahun tak terlibat. Apa yang Eja masih buat ialah melukis. Mungkin sebab melukis tak perlu ramai-ramai dan tak ada‘ conflict of interest’. Haha.
6. Adakah buku-buku puisi mempunyai pasaran?
Setiap buku ada pasaran. Yang penting kita kena tahu sasaran pasaran. Jadi, ya, buku puisi memiliki pasarannya sendiri.
7. Legasi Oakheart. Boleh ceritakan bagaimana ia ditubuhkan dan tujuan penubuhan?
Seperti yang Eja katakan tadi, ia bermula dengan contengan pada tahun 2010. Menjadi nyata pada tahun 2012. Dan masih berlangsung kini. Eja beruntung sebab suami, Hafiz Latiff juga terlibat dalam bidang penulisan. Dan sebenarnya Hafiz merupakan senior di Minggu Penulis Remaja( MPR). Jadi kami masing-masing faham kecintaan kami. Maka tertubuhlah Legasi Oakheart yang sudah punya satu cabang bukan fiksyen iaitu Kuras Buku.
Tujuan penubuhan ialah menggerakkan sastera, seni dan bahasa. Ini ialah aspek kemanusiaan. Menjadikan orang sebagai manusia. Seperti agama menjadikan manusia sebagai insan. Jadi kami mahu menggerakkan elemen pembentukan manusia ini dalam lingkungan bangsa Malaysia sebab kita sebenarnya memiliki banyak warisan kebudayaan.
Ya, Oakheart memang namanya dalam bahasa Inggeris. Tetapi pada kami secara peribadi ia memiliki nilai sentimental. Sebab itu nama Kuras Buku menggunakan bahasa Melayu dengan lambang kerisnya. Biar seimbang. Jangan keterlaluan. Jadi kami mahu menggerakkan sastera, seni dan bahasa tanah air dalam masa yang sama tidaklah menolak terus yang asing. Kami juga melihat Legasi Oakheart bukan hanya sebuah syarikat penerbitan tetapi juga sebuah platform untuk para penulis baru terutamanya penulis muda.
8. Apa aktiviti di Legasi Oakheart yang boleh diikuti oleh orang ramai?
Legasi Oakheart berpusat di KABO atau Kafe Buku Oakheart di Bandar Baru Bangi. Jadi banyak aktiviti berlangsung di sini, seperti Ngopi Bersama iaitu acara diskusi dengan tetamu daripada pelbagai bidang. Kami juga ada Secawan Wayang yang menayangkan filem-filem dari dalam dan luar negara
04