Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 5

| kisah seni- aksara 1
2. Bagaimana seseorang boleh digelar sebagai penulis? Adakah mereka perlu mempunyai buku yang dijual di kedai buku?
Ini pendapat peribadi Eja. Semua orang boleh bergelar penulis. Tetapi tak semua orang boleh digelar pengarang. Seperti semua orang boleh menulis sajak, tetapi tidak semua boleh menulis puisi. Atau semua nabi adalah nabi, tapi hanya 25 orang sahaja yang menjadi Rasul. Begitu perumpamaannya. Jadi, ya, semua orang boleh digelar penulis. Bagaimana? Menulislah. Maka anda ialah seorang penulis. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, menulis di laman media social juga sudah boleh dianggap sebagai penulis. Sikap, mutu karya, ilmu pengetahuan( bukan hanya maklumat ya), pengalaman, pemikiran, ini yang akan menentukan sama ada kita layak digelar pengarang atau hanya sekadar penulis. Dan kelayakan bergelar pengarang juga bukan diangkat oleh diri sendiri, kawan-kawan, atau kelompok pengikut. Ia datang dengan ilmu juga. Tidak mudah. Mungkin selepas banyak kajian, kupasan dan mungkin selepas kita mati baru orang akan sedar bahawa kita ialah pengarang.
Tentang jualan di kedai buku, kita andaikan kita sedang berbicara tentang kedai buku besar, kami di Legasi Oakheart mengambil pendekatan berbeza. Kedai buku adalah sebuah bonus. Contoh, ada pengarang yang bagus, bukunya tetap laku sebab orang tahu dia bagus tanpa perlu masuk kedai buku. Dia tetap seorang pengarang. Atau jika penulis ada ramai pengikut, bukunya laku, dia tetap seorang penulis. Jadi pada Eja, kedai buku tak memberi gelaran pun sama ada kita pengarang atau penulis. Buku yang dihasilkan yang akan menyatakannya dengan jelas.
3. Boleh ceritakan kenangan pahit yang pernah Eja lalui sebagai seorang penulis? Macam tak ada. Haha. 4. Mengapa penulisan merupakan salah satu cabang karier yang penting?
Penulisan ialah pendokumentasian. Mahu atau tidak orang kena terima benda ini. Kita tengok berapa ramai pengarang lampau bukan hanya menjadi abadi dari segi nama mereka sendiri, tapi sidang keilmuan yang mereka bawa kekal sampai hari ini. Sebagai contoh Plato dan Aristotle atau Freud dan Jung, walaupun mereka adalah guru dan murid perbezaan pendapat dan cara fikir mereka, diskusi mereka kekal menjadi suatu ilmu sampai hari ini. Ini juga merakam zaman masyarakat dan pemikiran mereka.
Atau tulisan kritikan Munsyi Abdullah dalam Hikayat Pelayaran Munsyi Abdullah yang dikatakan sebagai penulisan cereka moden pertama di alam Melayu kerana tidak berbentuk hikayat tetapi berbentuk novel, merupakan suatu cetusan ilmu bukan hanya dari segi kandungan tetapi juga bentuk. Ia membawa kepada kajian sehingga hari ini.
Jadi daripada contoh ini, kita sebagai generasi terkemudian dapat membaca pendokumentasian mereka. Ia bukan hanya sebab pengabadian pengarang tetapi karier penulisan ini penting untuk
03