temubual bersama
Sayidah mu ' izzah kamarul shukri
| kisah seni- aksara 1
RB: Assalammualaikum eja... Waalaikumussalam.
1. Boleh ceritakan sedikit latar belakang Eja tentang perjalanan hidup sebagai penulis dan penerbit?
Eja mula menulis sejak sekolah. Mula-mula hobi. Tulis cerita untuk kawan-kawan baca. Tulis untuk majalah sekolah. Tapi pada tahun 2004, puisi pertama disiarkan dalam majalah Dewan Siswa dan sejak itu Eja mula serius dalam bidang penulisan.
Kemudian nama Eja diusulkan oleh Nasriah Abdul Salam( senior MPR) kepada Faisal Tehrani untuk menyertai Minggu Penulis Remaja( MPR) 2007. Alhamdulillah, Faisal Tehrani melihat potensi Eja, dan Eja terpilih untuk berguru dengan beliau selama seminggu. Banyak yang Eja belajar daripada beliau termasuklah belajar menahan kritikan tajam sebab Faisal Tehrani tak menyaring kritikan untuk sesuatu karya. Kalau tak kuat semangat, boleh jadi kita akan berhenti menulis. Tapi inilah yang akan menentukan sama ada kita akan kekal berada dalam bidang ini ataupun tidak. Eja bersyukur kerana diajar daripada kepayahan ini. Payah tau tahan telinga dan hati. Haha.
Eja juga memutuskan untuk keluar daripada jurusan undang-undang di UIA dan mendaftar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan( ASWARA) dalam jurusan Penulisan Kreatif sebab ketika mencari diri, Eja banyak melompat bidang,( dari sekolah agama, ke bidang kejuruteraan, ekonomi, dan undang-undang) tapi Eja kemudiannya sedar hanya satu sahaja yang tak berubah dalam diri sejak budak, iaitu menulis. Dan sejak 5 tahun lepas Eja mula serius dalam penulisan kritikan, khususnya filem. Sekarang Eja bersama-sama Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur.
Perjalanan hidup sebagai penerbit pula bermula sejak tahun 2012. Awalnya cuma sebuah rangka mimpi yang diconteng-conteng atas kertas pada tahun 2010. Alhamdulillah, secara rasminya bermula pada 2012 sehinggalah Legasi Oakheart berusia 5 tahun sekarang. Insya-Allah, kita kental berusaha untuk terus maju dan cemerlang pada tahun-tahun seterusnya.
02