Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 3

editOr bercakap...

Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu, semoga sentiasa didalam lindungan Tuhan.
Alhamdulillah RB( Rumah Buku) telah memasuki edisi ke-5, dengan galakkan sahabat dan para admin di ruangan media sosial telegram, RB masih dikekalkan dengan beberapa pendekatan baru. Kami di RB akan cuba sebaik mungkin membawakan sedikit demi sedikit warkah seni sebagai dokumentasi dan tatapan para pembaca sekalian. Sehingga setakat ini( 11 feb 2017) e-zine RB vol. 4 telah di tonton lebih dari 200 pembaca unik, ini membuatkan kami semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat anda semua.
| syuQ tOne |
26022017 yangon
‘ Aksara’ adalah tema edisi kali ini. Aksara adalah simbol yang berperanan dalam mendokumentasikan dan mengabadikan suatu peristiwa komunikasi dalam bentuk tulis. Terdapat juga aksara dalam bentuk piktograf yang mendokumentasikan sesuatu dalam bentuk simbol. Secara mudahnya aksara adalah suatu sistem tulisan.
Pentingnya aksara-aksara ini didokumentasikan atau lebih tepat setiap perkara yang berlaku didokumentasikan dalam bentuk tulis. Seperti Muka hadapan ezine ini, hurufhuruf arab merupakan aksara yang diguna pakai selepas kemerosotan pengaruh hindu di Nusantara. Pengaruh aksara sanskrit diguna pakai sebelumnya.
Sewaktu saya bertugas di New Delhi, ada sahabat rakyat tempatan menegur apabila saya menandatangani dokumen penting menggunakan simbol‘ aksara’ arab dengan bertanya adakah saya boleh menulis dan berbahasa urdhu?. Sudah tentu tidak. Mujur saya faham apa yang beliau ingin sampaikan dan menjadi tanggungjawab untuk menjelaskan bahasa kita di Nusantara satu ketika dahulu menggunakan huruf-huruf arab bernahu melayu, dan didalam urdhu pula menggunakan huruf arab bernahu urdhu.
Sudah tentu saya boleh baca tulisan urdhu walaupun merangkak mengejanya, namun maknanya tidak saya tahu. Begitulah ketika saya di Sekolah rendah, lancar sahaja baca tulisan dalam bahasa Inggeris, maknanya sepatah pun saya tidak faham.
Pengaruh aksara sangat luas dan besar dalam sejarah dokumentasi.( panjang pula tulisan kali ini).....:)
p / s: mohon viralkan ya edisi ini... PERCUMA:)
01