Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 7

| kisah seni- aksara 1
yang kemudiannya dibincangkan bersama-sama penonton selepas tamat tayangan. Kalau mahukan bimbingan penulisan kami juga menyediakan bengkel penulisan, dan‘ personal coaching’ yang diberi nama SEMBANGPIS. Hujung tahun pula kami akan adakan KABO 24 JAM yang merangkumi semua aktiviti seni dan sastera yang kami lakukan sepanjang tahun. Ada banyak lagi aktiviti. Boleh dapatkan maklumat lanjut di Instagram, Facebook dan Twitter Legasi Oakheart. Atau boleh juga ke laman sesawang kami di www. legasioakheart. biz
9. Boleh berikan kata-kata peransang dan nasihat untuk penulis muda yang mahu menceburi dunia penulisan?
Tidak kira sama ada kita penulis atau pengarang, tulis dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Kita tak tahu jika tulisan kita boleh mengubah seseorang atau sesuatu bangsa. Tahan sahaja kritikan atau kutukan orang tapi dalam masa yang sama lihat juga diri sendiri. Sebab penulis yang betul-betul bagus adalah penulis yang sentiasa meningkatkan mutu penulisan. Jangan malas belajar dan pergilah ke bengkel-bengkel penulisan yang disampaikan oleh orang yang benar-benar memiliki kredibiliti dalam bidang penulisan.
Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih Rumah Buku sebab sudi temubual Eja. Semoga jawapan Eja ini bermanfaat. Terima kasih sekali lagi.
RB: Sama-sama, kami di Rumah Buku berbesar hati kerana Eja sudi ditemubual. Semoga kejayaan meniti di Legasi Oakheart.
05