Rumah Buku e-zine Rumah buku vol 5 | Page 16

| kisah seni- aksara 2
3. Boleh ceritakan kenangan manis yang pernah abang lalui sebagai seorang pelukis?- Memenangi Golden Award Childrens Art Competition- Jepun 1981- Menyertai Art Camp di Royal Belum dan berpameran di Balai Seni Visual Negara 2006- Menyertai Art Camp di Endau Rompin dan berpameran di JB- semua karya yang dipamer habis terjual 2009- Melawat artscene Jogja dan berpameran di Jogjakarta 2015- Ada banyak lagi ….
4. Mengapa melukismerupakan salah satu cabang karier yang penting?
- Sumber pendapatan- Meredakan tekanan( art therapy)- Membangun tamadun- Melakar sejarah
5. Selain melukisapakah lagi kegiatan seni yang abang lakukan?
- Rekaan grafik- Rekaan kostum- Rekaan Set dan prop
6. Pada pandangan abang, adakah seni tampak di Malaysia punya masa depan yang baik?
Ya – jikalau dibantu oleh pentadbir seni dari pihak kerajaan atau swasta yang peka dan faham. Kita pun sudah ada beberapa institusi pendidikan yang melahirkan seniman seni visual- jadi masa depan tu memang ada.
7. PeRUPA( persatuan seni rupa Malaysia). Sebagai Setiausaha PeRUPA boleh abang ceritakan bagaimana ia ditubuhkan dan tujuan penubuhan?
PeRUPA ditubuhkan pada 2013, ketika itu tiada persatuan yang aktif di Lembah Klang ini. Selepas PeRUPA ditubuhkan barulah APS bangkit kembali dari‘ tidur’ yang lama. Sebelum PeRUPA ditubuhkan, hampir 10 tahun di Lembah Klang sunyi dari aktiviti persatuan seni rupa.
Tujuan penubuhan ialah mengumpul kekuatan dari segi tenaga dan idea bagi melahirkan sebanyak mungkin acara seni visual supaya senario seni visual bertambah pesat dan maju.
14