| kisah seni- aksara 2
8. Adakah PeRUPA hanya tertumpu pada bidang senilukis sahaja?
PeRupa membuka ruang kepada semua ahli untuk mengeksploitasi jenama PeRUPA. Maksudnya disini ialah ahli-ahli yang ada idea, sila kemukakan kepada Jawatankuasa apa yang mereka hendak buat. Mereka tidak boleh bergantung hanya kepada Jawatankuasa sahaja untuk memprogramkan persatuan, ahli juga diajak bersama. Sehingga kini, ada yang tampil dengan pelbagai, tidak hanya dalam bidang senilukis sahaja, kami telah pun terlibat dalam: 1) Penerbitan buku, 2) Dokumnetasi video, 3) Pelancongan seni, 4) Acara seni( art event), 5) Pendidikan Seni, 6) Perniagaan, 7) Konsultasi
9. Apa perancangan PeRUPA pada masa hadapan? Mencungkil bakat-bakat individu, bukan sahaja bijak berkarya tetapi berkebolehan mentadbir seni.
10. Pada pandangan peribadi. Adakah syarikat-syarikat korporat harus lebih aktif menjalankan tanggungjawab sosial melalui seni?
Itu berlaku suatu masa dahulu, sekarang agak kurang sedikit. Mungkin akibat kegawatan ekonomi( ekau no money.. ha ha)
11. Bagaimana PeRUPA mendekati masyarakat melalui seni.?
Setiap event kita jemput semua orang untuk hadir. Ada juga program yang kami buat dilapangan seperti roadshow kelas seni, dan pertandingan plein air.
12. Apakah harapan PeRUPA pada masa hadapan? Persatuan mampu menjana pendapatan sendiri untuk melaksanakan pelbagai program seni visual
15