| kisah seni- aksara 2 temubual bersama
Raduan norudin( RN)...
RB: 1. Boleh ceritakn sedikit latar belakang abang raduan secara ringkas?
Saya berasal dari kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak Bersekolah di SK Sayong, SMK Sayong, SM Clifford. Belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris- Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Seni Sambung ke Universiti Malaya- Sarjana Pengajian Melayu( Kesenian) Kini bertugas di Istana Budaya- Di Bahagian Senireka
2. Bagaimana seseorang boleh digelar sebagai pelukis? adakah mereka perlu mempunyai lukisan yang dipamerkan di galeri-galeri?
Orang yang boleh melukis, ramai- tapi tak semestinya mereka digelar pelukis. Orang yang boleh melukis, menggunakan kemahiran melukis setiap hari- tak semestinya mereka digelar pelukis- mereka mungkin Arkitek, Pereka Kostum, Pereka landskap, Pereka Grafik, Set, Animasi, Prop dan sebagainya.
Yang menggunakan istilah pelukis, ialah mereka yang menggunakanilmu, kemahiran atau bakat melukis untuk menghasilkan lukisan-lukisan dan melalui karya tersebut mereka menjana pendapatan, tak kira samada lukisan langsung, tempahan, dipamer digaleri ataupun tidak. Pelukis- boleh jadi Pelukis Sepenuh Masa, Separuh Masa, Tiada Masa … ahaks
Pelukis sepenuh masa- hanya melukis sahaja sebagai sumber pendapatan. Pelukis separuh masa- melukis berbahagi masa antara kerjaya tetap dan hobi melukis-( saya dikategori ini ha ha.. Pelukis Tiada Masa- Pelukis yang boleh melukis tetapi tiada masa untuk hasilkan karya.. hadoi!!
Berpameran digaleri? Stail berpameran digaleri adalah standard yang terpakai oleh seluruh dunia. Ia boleh dijadikan penanda aras bagi seseorang pelukis. Pelukis digalakkan melibatkan diri dalam pameran di galeri samada secara solo atau berkumpulan. Pelukis yang serius wajib berpameran digaleri.
13