100 patah perkataan
Gordon University.
Bila sebut pasal metafizik terkenang pulak aku dengan seorang ' Dr ' yang kononya ada PHD daripada Gordon university.
Hakikat yang sebenarnya cuma temberang, ramai orang kita yang terperdaya dengan gelaran nampak saja gelaran Datuk, Tan Sri, Dr di depan nama dalam permikiran kita ianya mesti seorang yang boleh dipercayai, bijak, banyak berjasa.
Di sebabkan itulah ramai orang kita yang tertipu, sebenarnya ini bukanlah isu baru perkara ni dah berlaku lama cuma pasa masa itu belom ada kuasa viral.
Mungkin ada yang ingat dalam tahun 2000-2010 banyak skim-skim cepat kaya wujud nama syarikat berbeza namun matlamat sama nak bantu melayu kaya katanya, akibatnya ramai yang terperdaya sebab adanya gelaran di depan nama.
Sekarang skim ' sontot ' MLM pulak yang berleluasa lagi ramai orang yang terperdaya, pertama sebab adanya bahan-bahan modal seperti gambar kereta mewah, wang ringit dan jumlah duit dalam akaun yang kedua ada gelaran di depan nama.
Melayu akan selamanya diperdaya jika ' mind set ' melayu itu tidak berubah, hanya memandang garan pada nama sahaja.
@ pecintabahasa
12