100 patah perkataan
Menulis
Ramai orang yang boleh menulis, tapi tidak ramai yang boleh menjadikan penulisan mereka bermanfaat pada orang yang membaca. Menulis itu mudah, memanfaatkan tulisan itu yang payah.
Bagi seorang penulis yang baik, dalam setiap penulisan, beliaulah watak utamanya. Hingga ada masa-masa, beliau seolah hidup antara dua dunia yang berbeza.
Tapi hasil dari penulisan sebegitu biasanya mampu membawa minda pembaca untuk terokai satu tahap yang baru. Dimensi baru.
Nak jadi penulis? Jadilah penulis yang mendatangkan manfaat. Kerana boleh jadi, apa yang kita tulis itu bisa mengubah hidup seseorang yang dulunya bermasalah hingga akhirnya mampu berjaya.
Kuasa sebuah penulisan sangat luar biasa. Gunakan sebaik mungkin.
-WandaAlwani Telegram. me / penaberduri
11