100 patah perkataan kadang-kadang...
Kadang-kadang, bila dah terlalu letih hadap kerenah manusia, kita rasa nak putus asa. Nak pergi jauh dari dunia fana.
Tapi, kita lupa. Yang kita berkali-kali buat dosa sama, berkali-kali lupa pada-Nya, berkali-kali minta dan berjanji tapi tak pernah kita tunaikan. Apa rasa Dia? Bukan seorang dua. Bahkan ramai. Seluruh dunia, mungkin. Yang sering meletakkan-Nya di kemudian, dan tanpa segan memohon meminta macammacam untuk ditunaikan. Sedangkan, mahu sujud pada-Nya dengan sepenuh penghayatan pun amat susah nak dilakukan.
Bila diuji, terus mahu putus asa. Sedang cinta kau sama manusia pun sering minta dibukti. Apa lagi madah " rindu " yang konon kau rayu pada Tuhanmu, semata-mata mahu minta-minta.
Dan bilamana Dia tidak berikan apa kau mahu, kau bilang Dia tidak adil. Sedangkan kau sendiri tidak adil sama diri sendiri. Kau membiarkan jiwa dan hati kau nazak merindukan Tuhannya, dan kau? Bersenang lenang dengan dunia.
Kasar? Tidak. Hakikat? Ya. Renungkan.
@ WandaAlwani Telegram. me / penaberduri
13