@Pancing April 2021 | Page 7

“ Apabila arus menujah kawasan berbatu , manamana struktur yang sedikit meninggi dari batu-batuan lain akan menjadi seolah tembok .”
“ Apabila arus menujah kawasan berbatu , manamana struktur yang sedikit meninggi dari batu-batuan lain akan menjadi seolah tembok .”
Anak saya bergaya dengan Siakap Merah .
saya target udang Galah , Patin atau ikan-ikan sungai kecil yang lainnya , barulah saya akan pancing dasar .
Untuk gewang pula , setelah banyak percubaan , saya lebih gemar memilih gewang yang berprofil terapung , tetapi boleh menyelam dalam ( deep diver ) disebabkan bibirnya yang panjang . Saiz gewang yang terbaik antara 4-7cm yang boleh berenang hingga ke kedalaman antara 1.5-3.3 meter .
Gewang yang boleh terapung sangat membantu apabila tersangkut kerana ia boleh menimbul lantas saya boleh ubah tempo karauan dengan memperlahankan karauan untuk mengelakkan ia berenang lebih dalam lagi hingga sangkut teruk .
Jika terputus sekalipun harapan untuk ia timbul dan diselamatkan masih ada berbanding gewang jenis tenggelam . Kebanyakan masa kejadian sangkut bukannya akibat gewang itu sendiri , tetapi ianya disebabkan tali yang dibiarkan kendur dibawa arus laju lantas membelit struktur berbatu di dalam air . Jika itu sebabnya , kira ‘ burn ’ sahaja gewang anda !
Oleh kerana air Sungai Pahang sentiasa keruh , jadi warna gewang juga memainkan peranan utama untuk menarik perhatian ikan . Warna gewang yang terang seperti hijau ataupun chartreuse paling baik ada di dalam kotak gewang anda . Jika ia ada ball bearing di dalam badannya untuk bunyi gemerincing apabila dikarau adalah bonus tambahan !
Siakap Putih yang saya dapat berhampiran jambatan ketika air pasang besar .
@ pancing | April 2021 | 07