@Pancing April 2021 | Page 8

Perhatikan air yang berolak di belakang saya , ia menunjukkan tempat air bertahan dari arus yang laju , jadi ia ialah lokasi yang wajib dilalukan gewang .
Antara Begahak saiz kasar yang pernah saya dapat di sini .
Lagi Ketutu yang menyambar gewang selaman dalam .
Anak Baung Kuning yang kena gewang . Warna gewang terang seperti chartreuse terbaik digunakan di air keruh .
SET PANCING
Menebing dan menggunakan gewang memerlukan joran yang panjang untuk jarak lontaran yang baik dan kawalan secara maksima bagi mengelakkan ikan menyelinap ke batu lantas menyebabkan sangkut atau tali putus .
Joran pilihan saya panjang minima 7 kaki dengan kekuatan minima 17-20lb . Pastikan ia ringan dari segi bahan buatannya kerana ini bukan spot “ taruk makan , taruk makan ”. Kebanyakan masa boleh panjang sebelah tangan menghayun joran sebelum dapat ikan !
Mainline biasanya dalam 15-20lb sudah memadai dan leader antara 20-30lb . Boleh sahaja jika ingin menggunakan set yang lebih ringan , terpulang , kerana ia lebih mencabar . Paling penting hendaklah sentiasa periksa keadaan mainline dan leader takut ada kesan calar yang senang membuatkan anda berputih mata jika ikan saiz kasar yang menjelma !
PERMAINAN GEWANG
Apabila sudah bersedia dengan peralatan yang lengkap , jadi ke arah manakah harus dihalakan gewang ?
Harus diketahui kawasan berbatu yang anda lihat di tebing adalah berlainan dari apa yang terkandung di dalam air . Apabila arus menujah kawasan berbatu , mana-mana struktur yang sedikit meninggi dari batu-batuan lain akan menjadi seolah tembok . Inilah tempat ikan-ikan kecil akan berlindung dari arus dan seterusnya menjadi tempat utama sergapan ikan-ikan pemangsa .
Ketika air surut , kubu lindungan ini tidak akan sama ketika air pasang , begitu juga sebaliknya . Jadi untuk mengetahuinya , anda perlu perhatikan kawasan air tenang atau air berpusing menghasilkan olak , itu menandakan air tertahan akibat struktur di bawah permukaan air , biasanya ia berhampiran tebing sahaja .
Saya akan melempar gewang secara tegak ke tengah sungai dan membiarkan ia berhanyut mengikut arus sambil mengarau tali supaya ia sentiasa tegang . Saya akan pastikan gewang melalui kawasan olak ini dan menantikan ikan apakah yang akan menyergapnya ! — @ Pancing
Pertanyaan : DAUS + 60 13-697 9994
08 | April 2021 | @ pancing