@Pancing April 2021 | Page 6

“ Hari demi hari turun mencuba dengan susah payah dan berhabis duit akibat gewang yang sangkut serta putus , akhirnya saya dapat juga mengorek kunci kejayaan pancingan di sini !”
“ Hari demi hari turun mencuba dengan susah payah dan berhabis duit akibat gewang yang sangkut serta putus , akhirnya saya dapat juga mengorek kunci kejayaan pancingan di sini !”
Ikan Duri yang membaham gewang .
Ikan Ketutu yang menyambar gewang berhampiran tebing .
Kebanyakan Begahak yang kena gewang tercangkuk di perut mungkin ikan ini suka melibas makanannya sebelum betul-betul diambil dengan mulut .
STRUKTUR BERBATU
Aliran air Sungai Pahang baik ketika surut mahupun pasang sentiasa laju kerana volumnya besar . Namun , ada ketikanya arus seakan terhenti seketika iaitu waktu ia bertahan semasa pertukaran arus dari pasang ke surut dan sebaliknya .
Ketika inilah pada saya masa terbaik untuk mencuba kawasan ini dan kemuncak masanya ialah apabila arus yang mati mula bergerak . Ini kerana ikan-ikan kecil mula mencari perlindungan dari arus yang laju itu di sebalik batu-batuan yang ada di tebing . Masa itulah ikan-ikan pemangsa akan merapati tebing menyelongkar di sebalik batu-batuan di dasar ini untuk mengempur kawanan ikan-ikan kecil tersebut .
Ketika air pasang biasanya saya menunggu ikan Siakap Putih atau Siakap Merah dengan gewang . Ada juga rakan-rakan yang mencuba shore jigging dengan jig saiz micro dan kena Senangin dengannya !
Semasa air surut pula , selalunya saya menyasarkan ikan Begahak sebagai buruan utama , namun pada masa yang sama ada juga kena ikan Ketutu dan Baung . Kalau nasib tak baik tersangkut Duri atau Belukang !
GEWANG
Kebanyakan masa , saya lebih gemar menggunakan gewang sebagai senjata utama kerana ia lebih mengujakan . Melainkan jika
06 | April 2021 | @ pancing