@Pancing April 2021 | Page 5

Seorang sahabat yang turut kena Begahak dengan gewang .
Begahak merupakan buruan utama saya ketika air surut .

KAWASAN muara ini unik kerana ketika air pasang , air masin dari laut akan masuk hingga ke sini dan ketika arus surut , air dari sungai akan menolak air masin keluar semula . Justeru , hadirnya populasi ikan sungai dan ikan air masin ( spesies muara ) di tempat yang sama !

Dahulu , ketika saya mula-mula bertugas di sini , akses ke tebing sungai tidaklah seperti sekarang . Kawasan ini sebelumnya hanyalah tebing bertanah dan banyak pokok-pokok besar tumbuh di sepanjangnya . Pemancing biasanya menggunakan bot-bot kecil sahaja di kawasan tebing ini .
Kemudian projek penghadang banjir dilakukan dengan membersihkan tebing sungai dan mengorek dasar sepanjang tebing untuk mendalamkan kawasan sungai dan batu-batu besar ditambak untuk mengukuhkan tanah sebelum dibina tembok batu yang tinggi di sesetengah tempat .
Projek ini telah bermula pada tahun 2015 dan berakhir sekitar 2018 , lokasinya dari Riverfront di Bandar Pekan sehinggalah ke Jambatan Sultan Abu Bakar dalam jarak lebih kurang 3km .
TESTING
Pada awal pembikinan tambak tebing berbatu ini , saya telah mencuba potensinya dengan menggunakan gewang , namun ia tidaklah sangat berproduktif kerana mungkin ia masih baru lagi dan ikan-ikan juga tidak berlegar berhampiran tebing . Pada saya mungkin bunyi bising kerja-kerja pembinaan menghindarkan ikan-ikan dari merapati tebing .
Saya juga masih dalam proses pembelajaran dari kaedah ‘ uji dan cuba ’ ( trial & error ). Saya masih tidak tahu waktu apa yang paling cantik untuk turun memancing ( air surut ke pasang )? Kaedah pancingan apakah yang paling praktikal untuk diaplikasikan , pancing dasar atau mengewang ? Kawasan manakah paling sesuai dilabuhkan umpan atau gewang bagi mengelakkan sangkut dan sebagainya ?
Hari demi hari , turun mencuba dengan susah payah dan berhabis duit akibat gewang yang sangkut serta putus , akhirnya saya dapat juga mengorek kunci kejayaan pancingan di sini !
@ pancing | April 2021 | 05