@Pancing April 2021 | Page 30

SISTEM TAGAL LEMBAH KIULU
Dimana-mana sahaja perairan di dunia ini semakin berkurangan populasi ikannya baik di air tawar mahupun di air masin . Namun , masih ada lagi lokasi yang menjaga stok ikan mereka dengan baik sekali bersama habitat asli yang terjaga dan terpelihara .

@ Dunia Kelah

Pelian Sabah

SISTEM TAGAL LEMBAH KIULU

Dimana-mana sahaja perairan di dunia ini semakin berkurangan populasi ikannya baik di air tawar mahupun di air masin . Namun , masih ada lagi lokasi yang menjaga stok ikan mereka dengan baik sekali bersama habitat asli yang terjaga dan terpelihara .

Sungai-sungai pergunungan paling terjejas apabila terdapat pembalakan atau pembangunan di sekitarnya . Ini kerana hakisan yang terjadi akan membuatkan limpahan lumpur dan mendakan mengalir masuk ke sungai , lantas menutup pasir-pasir dan batuan kerikir halus di dasar yang menjadi tempat ikan bertelur .

Pemancing harus trek naik lebih jauh ke hulu hanya untuk berjumpa dengan Tengas dan Kelah . Lebih malang jika sungai itu boleh diakses dengan kenderaan , bermakna kehancuran sudahpun berlaku !
Jadi lokasi pancingan Kelah semakin hilang di negara kita . Hanya beberapa tempat yang masih terjaga seperti di Taman-taman Negeri , Taman Negara dan kawasan Tagal di Sabah .
Aznir Malik aznir107 @ gmail . com
KIULU
Antara kawasan Tagal yang pernah saya lawati ialah di Kiulu , Sabah . Terdapat beberapa anakanak sungai yang masuk ke sungai utamanya . Kebanyakan dari kampung-kampung di sepanjang sistem sungai ini telah menjadikan sebahagian dari sungai mereka sebagai kawasan Tagal .
Kiulu ialah satu lembah yang cantik dan berdekatan dengan pekan kecil Tamparuli . Ianya juga terkenal dengan jambatan-jambatan gantung yang merentangi sungainya . Selain itu river rafting juga popular di sana , bermula dari Pekan Kiulu hinggalah ke Tamparuli .
Potensi memancing di sini juga besar , sebahagian dari kampung yang ada sistem Tagal di sini membenarkan pancingan dilakukan
di kedua-dua zon , iaitu kuning dan merah dengan syarat pancingan secara tangkap dan lepas dan menggunakan pemandu pancing dari kampung mereka .
Stok ikan Kelah ( dipanggil “ Pelian ” di sini ) sangatlah banyak . Sungai Tuaran mempunyai lubuk dan alur dalam yang menjadi habitat Pelian ini .
POTURIDONG
Poturidong ialah kawasan Tagal yang paling lama wujud di Tuaran dan ia mempunyai lubuk-lubuk yang panjang dengan bertan-tan ikan . Anda boleh memberi ikan-ikan ini makan dengan pellet dan menyaksikan ikan sebesar 5kg menghampiri makanan yang disuakan , tetapi anda tidak dibenarkan memancing di sini !
Nikmat apa lagi yang hendak didustakan apabila anda berada di kawasan pancingan yang seindah ini dengan stok ikannya yang terjaga dan terpelihara !
30 | April 2021 | @ pancing