@Pancing April 2021 | Page 29

“ Teknik utama popping atau casting menggunakan swimbait , dengan berat gewang dalam lingkungan 90 hingga 100gram . Teknik kedua ialah jigging dengan mengunakan jig seberat 60 hingga 100gram .”
Suasana pagi di jeti Sungai Petani .
Tukun Perak dari lokasi bottom .
hadap popper dan swimbait . Lewat petang , bot berlabuh dalam jarak 100m dari pulau . Di waktu malam banyak ikan dinaikkan dan yang terbaik , 3 ekor Kerapu Boron menggunakan kekili elektrik .
Yoga dengan GT dijignya .
Tusyel bersama GT dengan teknik popping .
HARI KEDUA
Selepas sarapan , sekali lagi bot mengelilingi pulau mencari GT . Cuaca di hari kedua sangat baik , walau bagaimanapun keadaan air yang tidak begitu jernih dan arus bersilang ( arus di atas dan di bawah berlainan arah ) menjadikan keadaan air yang tidak kondusif .
Masa untuk Kerapu Bara pula kata tekong . Set jigging dan popping disimpan dan ditukar ke set apollo dan bottom . Krew bot menasihatkan guna isi Barracuda sebagai umpan . Benar seperti yang dikatakan , seekor demi seekor ikan sedap ini dinaikkan .
Sambil layan bottom , ada juga yang layan jigging dan Yoga kena seekor GT bagak dengan usahanya itu menggunakan jig 80g , mainline 40lb dan leader 80lb dan kekili saiz 5000 .
Malam , bot berjangkar di lokasi terkenal dengan Siakap Merah , Kerapu dan Jenahak dinamakan “ Pool Table ”. 8 batang joran pancingan dasar diturunkan , tiada spesies tadi yang mengunjung umpan yang kami gunakan , walaupun pelbagai jenis umpan ditukar ganti .
LAST DAY
Bangun sahaja tidur terlihat amukan GT di permukaan air , swimbait dilontar . Percubaan pertama miss , tetapi tidak untuk kali kedua , lantas menjadi double strike apabila Mohan turut serta !
Tusyel bersama krew Ayyen dan Kerapu Bara . GT double strike hari terakhir .
Kekili saiz 10000 dengan joran popping melentur diasak padu GT membuatkan hati tidak keruan . Ikan dikawal baik dan akhirnya kedua-duanya berjaya dinaikkan . Memenuhi misi kami untuk trip kali ini , sambil memandang jauh ke ke arah Tukun Perak dan saya berkata kepada diri sendiri … saya pasti akan kembali lagi … — @ Pancing
Pertanyaan : KKN Sea Hunt – CAPTAIN KU AMIRUL 014-306 8575
“ Teknik utama popping atau casting menggunakan swimbait , dengan berat gewang dalam lingkungan 90 hingga 100gram . Teknik kedua ialah jigging dengan mengunakan jig seberat 60 hingga 100gram .”
@ pancing | April 2021 | 29