@Pancing April 2021 | Page 28

BERSAMA BOT KKN SEA HUNT
Setelah 10 bulan persediaan , akhirnya Fishing Adventure Team seramai 10 peserta sampai ke jeti KKN SEA Hunt , Sungai Petani , Kedah untuk trip 3 hari 2 malam .

@ Air Masin

SURESH KUMAR MARIMUTHU CHINNASAMY | jaaysuresh @ gmail . com

Bergasak Di Tukun Perak

BERSAMA BOT KKN SEA HUNT

Setelah 10 bulan persediaan , akhirnya Fishing Adventure Team seramai 10 peserta sampai ke jeti KKN SEA Hunt , Sungai Petani , Kedah untuk trip 3 hari 2 malam .

Cuaca yang sangat baik , air di muara bagaikan cermin , satu petanda yang bagus di permulaan trip . Setelah peralatan dipindah naik dan briefing oleh Kapten Amirul dan ayahnya Pak Ku , kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi kami iaitu Tukun Perak .

MISI
Tukun Perak berada 95 batu nautika dari jeti Sungai Petani , Kedah , juga dikenali sebagai Fairway Rock atau Fairway White Rock . Terkenal dengan struktur berbatu agam dan salah satu lokasi game fishing yang terkenal di Malaysia dengan spesies ikan yang pelbagai .
Antara spesies ikan yang diburu ialah Yellow Tail Tuna , Rainbow Runner , Sailfish , Dorado , Coral Trout , Giant Grouper dan buruan utama kami GT .
Perjalanan 7 jam ke lokasi dengan bot fiber 45 kaki panjang dan 10 kaki lebar ini dilengkapi dengan dua enjin sangkut Mercury 300hp . Terdapat kabin dengan 6 tempat tidur , tandas , dapur , popping deck di hadapan bot dan di bahagian belakang pula di lengkapi dengan deck jigging dan 30 rod holder .
Teknik utama popping atau casting menggunakan swimbait , dengan berat gewang dalam lingkungan 90 hingga 100gram . Teknik kedua ialah jigging dengan mengunakan jig seberat 60 hingga 100gram .
PERJALANAN
Dalam perjalanan , Tekong membuat 2 hentian , pertama untuk singgah makan tengahari dan mencari Selar , Kembong dan Selayang dengan apollo untuk digunakan sebagai umpan hidup pancingan sesi malam nanti .
Apabila umpan mencukupi , kami bergerak ke lokasi kedua . Unjam ini berada sekitar 45min dari Tukun Perak , dan ia kelihatan dengan jelas dari sini seolah-olah menunggu kami . Di unjam ini , juga yang terletak di atas struktur batu karang , kami berjaya menaikkan ikan Tongkol , Tenggiri , Landok , Selayang dan Selar
SAMPAI
Setelah sejam di unjam ini kami pun berangkat menuju Pulau Tukun Perak . 6:30 petang menghampri Tukun Perak , tekong memperlahankan enjin , bot cruise in idle menghampiri dinding pulau .
Dalam jarak lebih kurang 60 meter , geng di hadapan bot terus melontar popper dan swimbait . Mereka yang di belakang pula menurunkan jig .
Lontaran pertama tidak mendapatkan hasil , lontaran kedua saya terlalu kuat langsung melanggar dinding batu dan jatuh ke dalam air . Kali kedua kayuhan kekili , satu sentapan yang rakus . Seekor GT saiz kecil dinaikkan . GT di tepi batu selalunya berskala kecil .
Kapten dari kabin berteriak “ campak luar , campak dalam kecil , luar besar ! Berdebar hati , langsung kami bertiga menukar arah dan melontar gewang ke arah lautan luas . Krew , Abang Li mendapat sentapan , namun perambut 100lb beliau meletup !
Selepas kejadian itu bot pusing pulau beberapa kali , namun tiada sambutan ter-
28 | April 2021 | @ pancing