@Pancing April 2021 | Page 27

Jack dan anakanak bersama tangkapan mereka .
Pole roller perkakas penting untuk pole !
Pole cup dengan groundbait berisi jagung dan Fjuka . Cara saya mencangkuk jagung . utama , disambung pula dengan rig tali utama dan perambut 0.21mm (~ 8lbs ) bersama mata kail Kamasan Animal Barbless saiz 12 dan pelampung pole WP Float berkapasiti 14x10 , dan corak rig untuk menyasarkan ikan di dasar ( bulk shotting ).
Walaupun dikira agak ‘ kasar ’ tetapi perlu diingat juga populasi ikan saiz monster di kolam ini . Set-up kedua sebagai backup dipasang dengan elastic White Hydro dan tali 4lbs Tackle Guru dengan corak untuk menyasarkan ikan di seluruh kedalaman air ( spread out shotting ).
Kawasan saya dilabuhkan groundbait bersaiz bola ping-pong dan jagung dengan menggunakan pole cup . Cara ini saya dapat menumpukan kesemua umpan saya di satu tempat yang kecil dengan harapan ikan akan berkumpul dan berebut mencari makanan di situ .
Cuaca yang sangat terik pada hari tersebut agak mencabar kerana pole menjadi sangat panas untuk dipegang . Ini biasa kerana karbon mengalir haba dengan baik , tapi cepat juga ia menjadi sejuk kembali apabila cuaca redup .
KEPUTUSAN
Jadi bagaimana sesi ujian ini ? Secara ringkas , teknik feeder tetap berhasil , akan tetapi terpaksa juga membuat lontaran jauh , teknik whip pada mulanya agak laju tapi hanya berjaya menaikkan ikan-ikan kecil sahaja . Teknik waggler pula agak mengejutkan dengan beberapa ekor Lampam saiz kasar dan juga seekor Kap Rumput . Sungguhpun begitu , jurang masa antara tangkapan agak jauh .
Pole pula ? Pada mulanya saya tertumpu di dasar dan agak perlahan aksinya , dengan banyak strike yang tidak berhubung apabila pelampung memberi indikasi . Pada ketika itu saya hanya menggunakan umpan Fjuka pada mata kail dan saya merumuskan ia masih diganggu oleh ikan-ikan kecil di samping ikan banyak bergesel dengan tali yang menyebabkan indikasi palsu ( false indications ).
Ketika agak ketinggalan dari segi tangkapan berbanding teknik-teknik lain , saya mengubah taktik . Yang pertama , umpan Fjuka dicampur dengan groundbait dan jagung pula dicangkuk pada mata kail .
Yang keduanya saya mengubah kedalaman rig membuatkan mata kail saya berada 3 inci daripada dasar . Pole cup pula menjalankan tugas dengan lebih kerap . Tidak lama kemudian , boleh dikatakan satu ‘ cast ’ satu ikan . Malahan kadang-kadang , tidak sempat pelampung ‘ berehat ’ terus ikan memberikan respons .
Mata kail tercangkuk setiap kali pada bibir bahagian atas Lampam , menunjukkan teknik tersebut memang memberikan kesan yang terbaik . Ini cara saya menilainya , sekiranya tercangkuk di bibir bawah , ia menunjukkan ikan lebih cenderung pula memakan di dasar .
Plummet yang digunakan untuk mengukur kedalaman air .
Mata kail tercangkuk di bibir atas secara konsisten menunjukkan teknik saya mengantung mata kail 3 inci dari dasar menjadi !
Sedap melayan Lampam saiz sebegini dengan pole ! Umpan baru Fjuka untuk diuji .
RUMUSAN
Apa yang saya putuskan ? Pada kedalaman tersebut dan keadaan cuaca ketika itu , serta penumpuan di satu spot sahaja ( tight feeding ), Lampam akan memberi respons secara berterusan .
Akan tetapi , rukun-rukun pancingan pole tetap perlu diperhatikan iaitu , ketepatan , sensitiviti dan juga peralatan yang seimbang . Dari segi umpan pula , umpan Fjuka pada hari tersebut lebih sesuai sebagai daya tarikan . Ini boleh dikatakan terbalik daripada apa yang saya perhatikan di kolam-kolam lain sebelum ini apabila ia lebih sesuai pula dicangkuk di mata kail .
Jadi sentiasalah membuat perubahan-perubahan kecil kerana semua ini dapat membantu anda terusmenerus menarik ikan . Memang ini banyak diterapkan dalam coarse fishing , kerja keras sepanjang masa dan buat sampai jadi ! — @ Pancing
Artikel ini adalah pendapat peribadi dari kacamata dan pengalaman penulis . Jangan lupa untuk mengikuti keterangan lanjut berkenaan Coarse Fishing melalui FB dan IG Malaysian Coarse Fishing Association dan FB Supertackle Malaysia serta langgani video coarse fishing di dalam Bahasa Malaysia di YouTube Supertackle Malaysia .
@ pancing | April 2021 | 27