@Pancing April 2021 | Page 26

MENDUGA KOLAM BARU DENGAN COARSE FISHING
Baru-baru ini apabila pihak berkuasa telah memberikan kelonggaran untuk perjalanan , geng Malaysian Coarse Fishing Association ( MCFA ) tidak membuang masa untuk menduga sebuah kolam yang belum pernah kami cuba dengan kaedah coarse fishing iaitu Kolam Batangsi , Semenyih Selangor .

@ Coarse Fishing

TENGKU IZZUDIN @ GUV ’ NOR | tizzudin @ gmail . com
Ketepatan dan kerja keras sangatlah penting dalam arena coarse fishing .

Ujian Lapangan

MENDUGA KOLAM BARU DENGAN COARSE FISHING

Baru-baru ini apabila pihak berkuasa telah memberikan kelonggaran untuk perjalanan , geng Malaysian Coarse Fishing Association ( MCFA ) tidak membuang masa untuk menduga sebuah kolam yang belum pernah kami cuba dengan kaedah coarse fishing iaitu Kolam Batangsi , Semenyih Selangor .

DIPENDEKKAN cerita , pada sesi pertama kami duduk sederet di tebing yang sama , sebenarnya ketika itu musim panas jadi kami jadi kami mencari tempat yang agak redup . Selepas menjalankan ‘ kewajipan ’ mencari kedalaman , rupanya kawasan itu agak cetek , kira-kira 3-4 kaki sahaja , oleh itu , teknik memancing feeder menjadi pilihan bagi mencapai sedikit jarak kira-kira 45 meter dan harap-harap dapat berhubung dengan sang ikan .

Kami tidak hampa kerana Dean berjaya mendaratkan beberapa ikan yang baik dengan teknik hybrid dan cage feeder . Saya pula yang tersilap membawa kekili yang berisi tali mono dan bukan braided , terpaksa bergelut untuk mendapatkan strike dengan baik dan banyak terlepas peluang . Sememangnya tali braided memberi kelebihan pada sensitiviti mengesan getuan ikan bagi teknik feeder ini dan membantu untuk mendapatkan hook-up yang solid .
Tidak lama selepas itu , tarikan untuk sesi ujian sambungan terlalu kuat , dan sekali lagi geng MCFA bersidang dan memutuskan untuk mencuba tebing yang bersebelahan kerana dipercayai lebih dalam airnya .
Justeru itu , saya , Sarge , Dean , Lee dan Jack akan masing-masing mencuba beberapa teknik coarse fishing yang berbeza bagi mencari teknik apa yang paling sesuai . Oleh kerana kami masing-masing baru nak berjinak-jinak dengan kolam ini , masih banyak yang perlu dipelajari perangai penghuninya dan dibongkarkan rahsianya .
PELBAGAI TEKNIK
Hari itu itu Dean lebih selesa dengan teknik feeder , Lee pula mencuba teknik whip , Sarge mengunakan teknik freelining , Jack pula memancing waggler . Saya tumpukan kepada teknik pole , dan berharap dapat menjinakkan Lampam saiz bagak .
Selain mencari teknik yang terbaik , kami juga ingin menguji sekali lagi umpan baru yang dipanggil Fjuka dari United Kingdom dan cuba merekodkan hasilnya .
Dari sesi pertama , kami dapati ia berjaya menarik ikan , tetapi apabila dicangkuk pada mata kail , secara purata ikan yang dinaikkan saiznya lebih kecil berbanding jika guna umpan jagung .
POLE
Seperti biasa , saya menyediakan groundbait dahulu dan seterusnya memasang dan memastikan seat box dan set-up pole saya dalam aturan yang paling efisien dan efektif . Semuanya perlu teratur dan kemas .
Seterusnya , selepas memastikan kedudukan ‘ pole roller ’ yang akan memudahkan pergerakan pole dengan lancar dan selamat , saya memulakan sesi mengukur kedalaman . Sebenarnya ini memang langkah-langkah yang perlu diatur sebelum memancing pole . Jangan sesekali melanggar SOP !
Pengukuran secara cermat mendapati kedalaman air pada kepanjangan pole 12.5 meter adalah 7 kaki . Memang cantik untuk pancingan pole . Saya padankan elastic hollow jenama Mosella saiz 16-20 sebagai set-up
26 | April 2021 | @ pancing