@Pancing April 2021 | Page 25

Keadaan khemah yang serba ringkas .
Pada saya warna gewang juga memainkan peranan yang penting untuk mengoda Sebarau .
Menu yang mudah setiap kali dapat rezeki .

Baru-baru ini saya dipelawa ke Sungai Benak . Sungai ini terletak dalam perjalanan ke Taman Negara Endau Rompin . Saya menyertai trip ini kerana dua sebab . Pertama kerana saya pernah memancing di sebelah hulu sungai ini dulu . Masa itu musim hujan . Banyak Baung Tikus yang kami dapat . Keduanya saya mendapat tahu di sungai itu banyak Sebarau !

HASIL PETANG
Pada petang hari pertama setelah selesai mendirikan khemah dan tempat memasak saya lihat masing-masing sebuk menyiapkan pancing dan hilang ke hilir . Umpan cacing yang dibeli laris petang itu .
Saya hanya menggunakan gewang sesudu . Saya tidak memperoleh sebarang hasil pada petang itu mungkin kerana lokasi berhampiran khemah sudah diterjah . Sebelum malam mereka balik dan berkumpul dengan hasil tangkapan masing-masing . Kebanyakkannya Bujuk dan Sebarau . Mana yang pancing dasar bawa balik ikan Patung dan Temperas .
Dulu Lain
Hairan juga kerana Bujuk bukanlah ikan sasaran di sini . Sebenarnya sasaran utama ialah Baung Tikus dan Sebarau kerana ikan ini paling banyak dapat dipancing ketika trip dahulu .
Nasib kami malam itu kurang baik kerana hujan turun dengan lebat dan paras air sungai meningkat dengan sekejap sahaja .
Sebenarnya Bujuk bukanlah sasaran utama kami .
Makin ke hilir sungai makin melebar . Sebaraunya pula semakin kasar .
Lepas bersarapan pada pagi hari kedua , kumpulan ini berpecah dua . Satu naik ke hulu dan sekumpulan lagi turun ke hilir . Umpan cacing licin terus dikerjakan kaki pancing dasar . Yang tak dapat umpan sibuk menyelongkar dapur . Ingatkan nak cari apa , rupanya mencari daging ayam kerana ada cerita yang mengatakan ia juga boleh dijadikan umpan Haruan atau Bujuk kalau terdesak !
Sebelum lewat petang masing masing balik dengan hasil tangkapan . Kesemua hasil hari itu
dijadikan lauk makan malam di masak lemak cili api dan panggang . Esok merupakan hari terakhir kami di sini .
Sudah ada rancangan mereka akan ke sungai berhampiran untuk memancing apa saja ikan yang sudi dengan umpan mereka . Sebagai orang lama saya hanya memberi galakan kepada generasi muda untuk meneroka sungai-sungai berhampiran dengan sungai ini supaya mereka juga tahu apa yang ada di sana . — @ Pancing
Ada yang kata ini Cendawan Lingzi yang dibuat ubat di Korea . Tapi macam mana pula boleh ada dalam hutan Johor ?
@ pancing | April 2021 | 25