@Pancing April 2021 | Page 31

“ Satu lagi spesies ikan yang menarik ialah ikan Sinsilog ( ikan Tuna ), jangan salah faham ya , ianya bukan ikan Tongkol di laut . Sebaliknya ia menyerupai Belut , cuma saiznya besar .”
Pelian yang menjadi target utama pemancing ke Kiulu .
Rushdi Lusi , local guide memancing terkenal di Kiulu . Pertanyaan ? Sila check FB beliau .
Sebarau saiz kasar yang saya dapat di salah satu sungai di Kiulu .
Kiulu sudah menempa nama di persada pancingan antarabangsa .
Namun masih terdapat beberapa lokasi di hulu dan hilirnya yang dibenarkan memancing untuk Pelian dan Sebaraunya . Satu lokasi kegemaran saya melayangkan popper fly dan streamers kecil ialah di satu jalan berbatu yang menyeberangi sungai .
SINSILOG
Satu lagi spesies ikan yang menarik ialah ikan Sinsilog ( ikan Tuna ), jangan salah faham ya , ianya bukan ikan Tongkol di laut . Sebaliknya ia menyerupai Belut , cuma saiznya besar . Ikan ini sukar mengambil umpan pancing . Biasanya ia diburu dengan cara menyelam dan menembaknya dengan harpoon kerana ia duduk di lubuk-lubuk berbatu yang dalam . Saiz normal Sinsilog dalam 10-15kg dan boleh membesar hingga ke saiz 20kg !
Terdapat satu lagi sungai di bahagian atas Tuaran , Sungai Ruminding . Ia mengambil masa hampir sejam setengah untuk sampai ke sini dengan kenderaan 4X4 . Sungainya cetek dengan batu-batuan besar di dalamnya . Suasananya seolah berada di sungai di New Zealand yang dipenuhi Trout , tetapi di sini Pelian saiz kecil mendominasi .
GUIDE
Bila berbicara tentang Kiulu , saya tidak dapat lari dari menceritakan tentang pemandu pancing yang terkenal di sana , Rushdi Lusi . Beliau tinggal di Poturidong dan mempunyai sijil sebagai mountain guide , fishing guide dan river rafting guide . Paling penting beliau telah menghabiskan masa bertahun-tahun melobi AJK komuniti Tagal bagi membuka sungai mereka untuk aktiviti memancing secara catch & release . Sekarang sudah terdapat 18 kawasan Tagal untuk pemancing !
Ia sememangnya satu situasi yang memenangkan semua pihak apabila pemancing dapat kepuasan dan pada masa yang sama penduduk kampung dapat menjana hasil pendapatan mereka . Ada yang dapat membuka kedai runcit , jadi penduduk kampung tidak perlu pergi jauh hingga ke Tamparuli untuk membeli barangan keperluan .
PANCING LAYANG
Saya telah banyak kali pergi ke Kiulu dalam beberapa tahun ini dan menikmati keseronokan memancing Pelian dan Barob ( Sebarau ) dengan pancing layang . Saya dan Rushdi telah melakukan banyak ujian lapangan bagi membuka ‘ kunci ’ pancing layang untuk ikanikan ini .
Teknik juga berbeza antara sungai . Di perairan cetek di Sungai Ruminding , saya biasanya guna nymph seperti Prince Nymph dan Jungle Grub . Di lubuk-lubuk yang dalam pula saya guna umpan sedikit besar seperti stonefly nymphs , dragonfly nymph , streamers dan popper .
Lokasi yang paling mudah diakses ialah jambatan batu merentang sungai di Poturidong . Rushdi akan parkir Toyota Landcruiser
Inilah dia ikan Sinsilog , ianya spesies Belut yang amat besar !
“ Satu lagi spesies ikan yang menarik ialah ikan Sinsilog ( ikan Tuna ), jangan salah faham ya , ianya bukan ikan Tongkol di laut . Sebaliknya ia menyerupai Belut , cuma saiznya besar .”
II nya di hujung jambatan batu dan kami memancing di tengah-tengah jambatan di gulungan air yang turun dari jambatan . Ikan tidak nampak kami di sebalik gulungan air tersebut . Namun jika kena ikan saiz kasar , untuk mengendalikannya dari sana agak sukar . Banyak kali juga mata kail fly saya lurus jadinya jika disergap ikan bersaiz kasar !
Dari lokasi ini kami akan berjalan ke bawah hingga ke pertembungan Sungai Tuaran dan Sungai Mantaranau . Kawasan ini terkenal dengan Barob saiz besar , selalu juga dapat saiz baya-baya 2 kg . Dari sini boleh turun lagi hingga ke kawasan berlubuk dalam , di sini terkenal dengan Pelian saiz kasar . Rekod saya ialah Sebarau 2.7kg di sini dengan popper fly saiz 10cm !
MANTARANAU
Jika anda memancing sepanjang hari di Mantaranau , anda boleh bermula dari spot pertembungan sungai tadi dan naik ke atas . Suasana sungai seperti sungai-sungai yang ada Kelah di Pahang dan Kelantan dengan airnya yang gelap dan tebing dinaungi dahandahan pokok besar di sepanjang tebingnya .
Umpan layang kegemaran saya di sini ialah popper warna oren atau merah . Ia akan saya layangkan di bawah dahan-dahan pokok yang berjuntaian ke air . Pop sekali dan biarkan ia hanyut seolah buah yang jatuh dari pokok . Jika tidak ada respon saya akan pop sekali lagi dan ulang semula ke lokasi yang lain .
Penting bagi anda untuk menggunakan pemandu pancing anak tempatan untuk memudahkan proses akses ke pelbagai kawasan Tagal . Selain ikan Pelian dan Barob yang berada di sungai yang terletak di belakang rumah dan kebun penduduk kampung , keindahan kawasan pergunungan ini amatlah menakjubkan dan menenangkan . Trip memancing di Kiulu biasanya mengambil masa selama 3 hari , itupun bagi saya masih tidak mencukupi ! — @ Pancing
@ pancing | April 2021 | 31