@Pancing April 2021 | Page 16

Belida juga tergoda umpan anak udang hidup untuk udang Galah .
Hasil menebing saya di Sungai Batang Lupar .
Belida saiz kasar yang terkena dengan set pancing udang .
Di kawasan saya , rata-rata pemancing hanya menggunakan 1 mata kail dan batu ladung jenis hidup untuk mengelakkan mata kail tersangkut dan juga membantu menambah sensitiviti getuan semasa udang mula mengambil umpan .
Umpan terbaik di sini ialah perumpun bakau , cacing tanah biasa yang berkepala kuning dan anak udang hidup . Penggunaan umpan seperti perumpun adalah bergantung dengan stok kerana ia sukar diperolehi di kawasan saya . Alternatifnya , saya hanya menggunakan cacing biasa dan anak udang sahaja .
LUBUK BELAKANG RUMAH
Lokasi lubuk di sini agak unik sedikit kerana ia terletak di belakang rumah panjang sahabat saya Lau Kahhui . Beliaulah yang membawa saya ke lubuk ini kerana di sini tidak ramai pemancing . Hasil beberapa kali trip ke sana membuktikan kawasan tersebut sangat berpotensi .
Setiap kali trip ke sini , saya tidak pernah pulang dengan tangan kosong . Paling kurang pun ada dua tiga ekor udang udang bersaiz sederhana . Di kawasan ini juga terdapat ikan Pari air tawar , namun saya masih gagal mendapatkannya .
Set pancingan untuk ikan pula sering disentap ikan Sembilang atau atau dipanggil “ Temengan ” bagi panggilan tempatan . Selain
Ikan Sembilang yang bersaiz kasar dipanggil “ Temengan ” di tempat saya .
itu , ikan-ikan lain seperti Sebarau dan Belida juga ada .
Saya dan rakan-rakan sudah berkali-kali menaikkan Belida semasa memancing udang di kawasan ini , mungkin dietnya sama dengan umpan yang kami gunakan iaitu anak udang .
Oleh itu , pancang harus kuat sebelum melabuhkan umpan bagi mengelakkan joran terbang !
FENOMENA BENAK
Selain dari lokasi dan peralatan , keadaan air pasang surut sememangnya mempengaruhi aktiviti pancingan udang di sini . Sungai Batang Lupar merupakan salah satu sungai yang unik dari segi arus pasangnya kerana ia mempunyai satu fenomena yang unik iaitu Fenomena Benak ( Tidal Bore ).
Benak ini terjadi apabila arus pasang dari laut masuk ke muara sungai yang cetek . lantas membentuk ombak yang bergerak sehingga beratus kilometer ke hulu sungai .
Sekiranya air pasang semasa fenomena Benak ini terjadi , arus sungai akan menjadi kuat dan keruh . Aktiviti memancing udang akan menjadi lebih sukar kerana batu ladung akan dihanyutkan oleh arus yang kuat .
Kebiasaannya saya hanya memancing apabila air sudah surut selepas fenomena benak ini berakhir kerana arus yang sudah menjadi perlahan dan air yang kurang berkelodak .
WAKTU TERBAIK
Selain dari pasang akibat fenomena Benak , sungai ini juga mengalami arus mati . Seperti mana sungai-sungai yang lain , arus ini bergerak amat perlahan ketika pasang .
Bagi kaki pancing , inilah waktu yang paling ditunggu-tunggu untuk memburu Apek . Arus yang tenang serta jernih ini disamping cuaca yang panas sememangnya menyebabkan udang lebih aktif di siang hari .
Biasanya air pasang ini berlaku pada waktu siang dan masa memancing juga lebih panjang . Di kawasan saya , air pasang mati ini berlaku sekitar jam 11 tengah hari sehingga 3 petang .
Pada masa inilah ramai pemburu Apek Simanggang akan berkumpul di sepanjang tebing sungai bagi mencari udang Galah .
Bagi yang berkemampuan , mereka akan menggunakan bot untuk mendapatkan hasil yang lebih . Namun bagi saya cukuplah saya menebing sahaja kerana hasilnya sudah cukup lumayan bagi saya .
Akhir kata , sama-samalah kita menjaga kelestarian populasi udang Galah di sungai kita agar generasi akan datang sama-sama berpeluang merasa pengalaman seperti apa yang kita alami selama ini . — @ Pancing
Pertanyaan : KHAIROL 014-3767323
16 | April 2021 | @ pancing