@Pancing April 2021 | Page 17

SATU PERAIRAN YANG MENYAJIKAN PELBAGAI GENRE PANCINGAN
Saya telah pergi ke pelbagai lokasi pancingan laut , dari muara , pesisir , kepulauan dan laut dalam . Bagi saya perairan Penyabong ini lengkap , kerana pelbagai jenis pancingan seperti bottom , trolling , casting , jigging dan fly fishing boleh dilakukan di satu tempat yang sama !

@ Air Masin

JOHARI JAMIL | joeangler67 @ gmail . com
Gerong Belang yang saya jig di kawasan cetek .
Bot GG Fishing Charters .

Jatuh Hati Di Penyabong

SATU PERAIRAN YANG MENYAJIKAN PELBAGAI GENRE PANCINGAN

Saya telah pergi ke pelbagai lokasi pancingan laut , dari muara , pesisir , kepulauan dan laut dalam . Bagi saya perairan Penyabong ini lengkap , kerana pelbagai jenis pancingan seperti bottom , trolling , casting , jigging dan fly fishing boleh dilakukan di satu tempat yang sama !

Ebek menjadi buruan utama jigger di sini .

Menarik sekali perairan di sini rata-rata kedalamannya cetek , jadi ia meluaskan lagi potensi penggunaan set pancing laut yang ringan dan sederhana ringan . Pantas aksi perlawanan bakal menjadi lebih menyeronokkan . Pulau-pulau kecil juga banyak , jadi sentiasa mudah nak berlindung dari gelora dan angin kuat .

Kebelakangan ini semakin ramai kakikaki pancing mula menjadikan perairan ini sebagai medan melunaskan minat terhadap hobi memancing , lantas membuatkan bot-bot
yang sedia ada pula tidak mampu menerima tempahan kerana terlalu banyak permintaan , lebih-lebih lagi semasa open season .
Jadi saya menggunakan perkhidmatan GG Fishing Charters yang turut menyediakan pakej aktiviti berasaskan sukan air selain dari memancing . Jadi ia sesuai untuk seisi keluarga .
Panjang bot 34 kaki dan dilengkapkan dengan enjin berkapasiti 175 kuasa kuda , sesuai untuk 5 - 7 orang . Bagi yang memancing , anda boleh menyatakan jenis pancingan apa yang dimahukan seperti jigging , casting , light popping , mencandat atau pancingan dasar . Semuanya boleh dituruti oleh tekong yang juga mempu-
Ketarap juga minat jig di perairan ini .
nyai pengalaman yang amat luas .
Antara spesies ikan yang menjadi target di sini ialah Gerong Belang , Ebek , Sagai , Kerapu , GT , Tenggiri , Merah , Ketarap dan beberapa lagi spesies ikan pelagik yang lain .
GG Fishing Charters juga sedia membantu untuk menyewa penginapan seperti chalet atau homestay . Di jeti Penyabong juga terdapat geraigerai makanan , pondok rehat , surau , tandas dan kemudahan bilik mandi yang bersih . — @ Pancing
Pertanyaan : JOE 016-641 3963
@ pancing | April 2021 | 17